BUKAN KAH KJ PERNAH SILAP MATA BERSAMA KBS 100 JUTA DAN KES VANTILATOR KAH ?




NORMAN RADZUAN 


Bila KJ bersama meeting MOF dgn PMX… 

DASAR KETERBUKAAN PMX

 

“Alhamdulillah, petang tadi saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama sama ahli ekonomi, YB Datuk Seri Johari Ghani dan juga saudara Khairy Jamaluddin.

 

“Antara yang turut hadir adalah Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

 

Ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

 

Perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan. 

 

Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul,” jelas PMX.

 

#MalaysiaMADANI

 

No comments: