ORANG MELAYU KENA BELAJAR BERDIKARI DAN RAJIN MACAM BANGSA LAIN. BAIK DALAM APA BIDANG SEKALI PUN.

 


Kerajaan beri pancing. Tak beri ikan terus. Lebih utama berikan mereka punca pendapatan yang stabil berbanding berikan tunai. Alhamdulillah. Inisiatif ini mula membuahkan hasil. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Najib Bakar.

Jualan purata RM300 sehari di bulan puasa untuk waktu sahur sahaja. Bayangkan di bulan biasa dengan 3 waktu, pagi, tengah hari, dan malam!


Insya Allah boleh cecah jualan RM450-550 sehari. Rezeki buat peniaga kecil golongan B40. 


Sebelum hari raya tempoh hari, kami ke UiTM Puncak Alam untuk lihat perkembangan mesin vending Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). 


Kami berjaya temuramah En. Hilmi penerima inisiatif merangkap peniaga mesin vending, Dr. Badrul Timbalan Rektor UiTM Kampus Selangor, En Irwan Pengetua Kolej Angsana, dan pelajar UiTM Puncak Alam.


Menarik hasil temubual. Jemput semua kawan-kawan untuk tonton dan share.


Aku simpulkan, semua institut pengajian tinggi harus terlibat dan memasukkan mesin vending ini ke kampus mereka.


Ini dapat memberikan lebih banyak pilihan makanan buat pelajar dengan harga berpatutan dalam lingkungan RM2-RM5.


Semoga inisiatif ini akan menjadi titik mula menamatkan kemiskinan tegar dan mengangkat taraf hidup golongan B40 di Malaysia.


Tahniah YB Rafizi Ramli atas inisiatif baik ini. Semoga dipermudahkan urusan semua di Kementerian Ekonomi untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia. Aminn!