PN DAN PAS NI DENGAR KA SUARA RAKYAT ? RAKYAT KERIAU NAK AIR...HANGPA DENGAR KA.



Amat menggelikan hati bila Ketua Penerangan PAS kata PH akan tewas PRN kerana tak dengar suara rakyat. Tewas atau tidak itu soal kedua. Tapi yang aku nak sentuh tu dia kata 'tak dengar suara rakyat'.


Macamlah PN dan PAS dengar suara rakyat? Cuba tengok apa yang berlaku dia Kedah dan Kelantan. Kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih ke rumah-rumah pun tak dapat disediakan.


Bila diungkit, bermacam alasan dia berikan. Paling best, dia salahkan orang lain. Rungutan rakyat yang ketiadaan air ketika menyambut hari raya langsung tak diendahkan. Tapi sembang nombor 1.


Kemudian masalah jalan sempit di Kelantan. Tiap kali raya, rakyat mengeluh jem panjang. TMB jawab apa? Besarkan jalan pun kalau guna untuk setahun sekali tak guna juga. Begitu dengar suara rakyat ke?


Juga masalah stesen bas. Lepas janji, janji. Tapi tak siap-siap juga. Cerita bukan main gempak. Kalau ada yang tegur, dicemuh. Macam pentabirannya tu sempurna. Nak tambah baik macamana begitu?


Itu belum cerita masa PN jadi kerajaan dulu. Harga barangan naik mendadak. Bila rakyat bersuara apa pemimpin PN jawab? Masalah global, bukan salah kerajaan. Bukan masalah besar.


Paling teruk, dia kata orang yang cari salah kerajaan  tu umpama tupai dan kera. Nampak? Rakyat yang suarakan masalah dikatakan tupai dan kera. Begitu ke yang dinamakan mendengar suara rakyat?


Berbeza dengan PH sekarang. Banyak harga barang yang semakin terkawal. Bekalan untuk hari raya pun stabil. Ada pula inisiatif pendapatan rakyat, bantu rakyat B40 tambah pendapatan.


Waktu PN dulu sampai rakyat terpaksa kibarkan bendera putih. Kes bunuh diri meningkat. PN bukan setakat abaikan rakyat, dia isytiharkan pula darurat. YDP Agong suruh buka parlimen pun dia abaikan.


Buka  setakat tak dengar suara rakyat, titah sultan pun PN derhaka. Tapi ada hati nak kata PH tak dengar suara rakyat. Apa jenis manusia yang dalam PN ni. Dia punya tak diri sedar memang luar biasa. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: