LAGI LAGI MENTERI KOMUNIKASI-KEBEBASAN MEDIA ADA TAHAPNYA. KALAU BERBAIK DAN BERJUMPA EDITOR KAN MUDAH.JADIKAN SEIMBANG. TAPI MENTERI SEMBAB...NAK BUAT MACAMANA.

 


* SIKAP AKHBAR HARIAN SEMACAM BERPIHAK KPD PEMBANGKANG*


Saya setiap hari membaca akhbar sama ada Utusan Malaysia (UM), Berita Harian (BH) dan Sinar Harian (SH) didapati beberapa orang wartawan termasuk  Sidang Pengarang/Minda Pengarang masih menyerang Kerajaan Perpaduan ( KP) terutamanya UMNO dan menteri-menteri KP.


Mereka cuba menonjol isu termasuk membela pemimpin tertentu PAS/PN dengan gambaran negatif tindakan KP yang dikatakan mendakwa sipolan A dan sipolan B secara terpilih.


UM dan BH memberi peluang kepada pemimpin Pas bertaraf ustaz yang jelas dalam kuliah/syarahan mereka menyerang parti yang dikatakan tidak memperjuangkan Islam seperti mana mereka.


 Tindakan beberapa buah negeri yang tidak membenarkan mana-mana ustaz dan wakil rakyatnya bergerak bebas memberi kuliah/syarahan di masjid/surau tanpa tauliah adalah satu cabaran pahit yang boleh menggugat agenda Pas yang berkempen atas nama Islam.


Sebelum ini terdapat ustaz / wakil rakyat yang memberi khutbah/kuliah berkempen kepada Pas atas nama Islam. Oleh itu keputusan Al-sultan tidak membenarkan mereka yang tiada tauliah satu keputusan yang bijaksana demi menjaga keharmonian masyarakat islam yang terdiri pelbagai fahaman parti tetapi mereka tetap islam seperti orang Pas juga. Sikap mendakwa  sokonglah parti Islam kerana " Pas itulah Islam"  sedangkan Pas sebuah parti yang berdaftar dengan ROS  walhal Islam itu agama yang dibawa oleh Rasullah untuk semua umat di dunia.


Berbalik sikap UM/BH/SH memberi publisiti  berkenaan isu- isu yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Tebuk Atap digambarkan seolah-olah KP yang menjadi puncanya berlaku satu-satu isu contohnya doktor kontrak, harga barang mahal dan lain-lain.


Saya berharap kebebasan yang diberi kepada akhbar perlu dipantau dan kenalpasti  wartawan yang suka menggunakan isu-isu lama menyerang KP. Sesungguh sikap menteri-menteri tertentu tidak berwaspada akan memberi gambaran negatif kepada KP.


Syabas kepada RTM/TV1/TV2/TV3 kerana menyampaikan informasi yang tidak berat sebelah seperti mana akhbar. Sebelum ini terdapat RTM/Radio Tempatan memberi peluang/ ruang kepada pemimpin Pas dalam program tertentu termasuk membaca doa dan sebagainya. Akibat RTM/radio tempatan memberi peluang " maka wallaun-wallaun Pas mengatakan "Tengok  Ustaz X pun disokong oleh RTM/Radio", ujar wallaun dengan bangga.


Sampai masanya  menteri Komunikasi & Digital serta menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri termasuk Jkom perlu memantau dan memberi nasihat serta amaran kepada mana-mana akhbar supaya bersikap lebih adil kepada KP dan jangan berkiblat kepada Kerajaan Tebuk Atap.


Terima Kasih.

OLEH: AWI



No comments: