Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi



Pagi tadi beberapa ahli parlimen pembangkang protes keluar dewan bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan hari ini. Ini sebab mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat.

Jadi saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar.

1) KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua.

2) Menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.

3) Kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.

4) Sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris.

Kerajaan ambil langkah tidak membenarkan ini kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat bukan memilih jalan singkat semata meraih populariti sementara dan tinggalkan beban masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.

 


No comments: