Polis rampas bungkusan ganja konon 'dibeli' dua ahli politik.


SASARAN ANWAR DAN RAFIZI


Polis rampas bungkusan ganja konon 'dibeli' dua ahli politik.


BUNGKUSAN mengandungi ubat gigi ganja yang konon dibeli Anwar dan Rafizi. FOTO Ihsan PDRM.
BUNGKUSAN mengandungi ubat gigi ganja yang konon dibeli Anwar dan Rafizi. FOTO Ihsan PDRM.

Sepang: Polis merampas bungkusan mengandungi ganja yang menggunakan alamat penerima palsu kononnya dibeli dua ahli politik di sebuah hub syarikat penghantaran di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima laporan dibuat oleh Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya yang memaklumkan menerima panggilan memberitahu terdapat satu bungkusan atas nama dua ahli politik.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang, memandangkan sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut menerima bungkusan mengandungi daun ganja, minggu lalu.

"Bertindak atas laporan, polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang ke sebuah hub syarikat penghantaran di Putra Perdana, dekat sini pada 6.30 petang.

"Polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau/putih bercorak daun ganja tertera tulisan 'Happy Green' yang di dalamnya mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja (80 gram) yang ditemui dalam bungkusan kotak berwarna coklat ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, semakan mendapati bungkusan itu dibeli pengirim secara dalam dalam talian di sebuah laman e-dagang yang beralamat di Indonesia.

"Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan.

"Alamat barangan ini adalah sama dengan kes yang disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh BSJND Putrajaya," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments: