PEMBANGKANG HANYA MENUNGGANG ISU. MEREKA TIDAKPEDULI KESAN YANG MENUNGGU.

 

Letih aku isu KWSP ni. Bukan tak faham sentimen rakyat. Cuma aku letih dengan pembangkang yang tak sudah menghasut. Bagi pembangkang, mereka hanya menunggang isu. Mereka bukan peduli kesan yang menunggu.

KWSP ni tabungan untuk kegunaan kita di hari tua. Beza KWSP dengan menabung sendiri ialah, kita dapat dividen setiap tahun bila menyimpan dengan KWSP. Mana datang dividen? Dari pelaburan yang KWSP buat gunakan tabungan kita.

KWSP tak simpan tabungan kita dalam bentuk tunai kecuali sedikit untuk diberikan kepada pencarum yang layak. Wang kita digunakan untuk buat projek, beli bangunan dan sebagainya.

Bila pencarum minta keluarkan duit mereka dalam KWSP, maka KWSP terpaksa cairkan aset. Terpaksa jual pegangan dalam konsesi, jual bangunan, jual saham dan sebagainya. Ini semua akan kurangkan keuntungan KWSP.

Kesannya kepada pencarum, dividen akan menjadi berkurangan kerana untung KWSP sudah berkurang. Bila dividen berkurang, aku rasa pencarum pun akan bising juga nanti. Jadi nak macamana?

Sebab itu DS Anwar cadangkan buat pinjaman bank dengan jadikan simpanan KWSP sebagai cagaran. Aku masih ingat antara alasan pencarum mahukan duit KWSP ini sebab tak layak buat pinjaman. Jadi DS Anwar nak permudahkan.

Pun marah juga! Tapi aku fahamlah. Sebab orang tak mahu tambah komitmen bulanan. Kita semua pun tahu sifat bank yang selalunya kurang berperi kemanusiaan.

Tapi idea meminjam dari bank itu bukanlah salah seratus peratus. Bagi aku, ia masih boleh dipakai cuma, kerajaan kena cari jalan supaya rakyat tidak terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.

Sebab itu sebelum ini aku pernah tulis, KWSP beri pinjaman kepada pencarum dan guna sebahagian daripada caruman bulanan untuk bayar ansuran pinjaman tersebut.

Tapi bagi mengelakkan KWSP dari mencairkan aset, ada bagusnya kalau KWSP deal dengan bank, guna simpanan sebagai cagaran dan bayaran ditolak dari caruman bulanan pekerja.

Contohnya seorang yang bergaji RM1,500 sebulan. Caruman bulanannya adalah RM135 (sendiri) + RM195 (majikan) = RM330. Katakan pinjamannya RM10,000 untuk tempoh 10 tahun. Maka ansuran bulanannya adalah RM84 sebulan.

Jumlah RM84 ini ditolak dari RM330 tadi. Jadi hanya RM246 yang akan masuk ke dalam akaun KWSP pencarum. Pencarum akan dapat duit tunai tanpa perlu tambah komitmen bulanan manakala KWSP pula tak perlu cairkan aset.

Pendapat aku, kaedah ini win win untuk semua pihak, KWSP, kerajaan dan rakyat. Tabungan KWSP rakyat pun tak luak bahkan bertambah saban bulan hanya dalam kadar lebih perlahan.

Sekadar cadangan aku. Apa pun, aku harap rakyat faham, keputusan untuk tak benarkan pengeluaran duit KWSP ini memang tak popular. Tapi ia langkah perlu demi kebaikan semua, negara bahkan juga pencarum.

Cuma, jangan dengar cakap pembangkang. Mereka cuma menghasut untuk dapatkan laba politik. Masa mereka berkuasa, tiada apa pun mereka buat untuk bantu rakyat. Buat Jana Wibawa pun untuk tolong kontraktor, bukan marhaen. Sambil mereka dapat komisen.

Mereka beri kita belanja duit simpanan hari tua. Itu bukan tolong tapi itu hanya menyusahkan hidup kita. Bila pencen nanti, kita susah tak cukup duit. Mereka? Masih boleh bercuti di luar negara. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: