Perasan tak Azmin aktif semacam je sekarang ni? Sebab apa eh? Kata nak bercuti kan?

 


Aku rasa mungkin sebab dia dah nampak masa depan Mahiaddin yang semakin kabur. Ini peluang dia untuk jadi orang nombor satu Bersatu.

Kita pun tahu dia jenis opportunis. Dulu masa DS Anwar kena penjara, dia bukan main lagi membela, konon sanggup roboh tembok penjara.

Bukan apa, cuma nak tarik penyokong DS Anwar untuk sokong dia. Masa tu dia ingat dia dah boleh ambil tempat jadi Presiden Keadilan. Jadi bila PH menang PRU14, dia jadi PM interim. Sebab tu pada awalnya dia menentang Mahathir jadi PM interim.

Sekali gagal. Itu yang dia geram sangat. Jadi bila Mahathir offer, dia ikut. Fikirnya majoriti penyokong Keadilan akan bersamanya. Rupa tak juga.

Dalam Bersatu dia orang baru. Peja timbalan. Tapi Peja tu kita pun tahu. Lebih macam pak lawak je. Jadi Azmin dah hidu peluang di situ.

Sebab tu bila Mahiaddin kena dakwa, Azmin mula aktif semula. Skrip yang sama macam masa DS Anwar kena penjara dulu. Membela kononnya.

Tapi dalam hati dia harap Mahiaddin akan lepaskan jawatan Presiden. Mungkin dia harap Mahiaddin kena penjara. Mungkin la. Jadi bila pemilihan, dia akan jadi calon favorite untuk ganti Mahiaddin.

Ini apa yang aku nampak berdasarkan pemerhatian aku. Azmin ni licik. Dia banyak trick. Cuma salahnya pembacaan politiknya belum cukup hebat.

Rasanya kalau Mahiaddin letak jawatan Presiden, akan ada perebutan kuasa dalam Bersatu antara Azmin dan Peja. Itu yang kita mahu.

Kita tunggu sajalah. Tapi secara peribadi, aku tak rasa Mahiaddin akan lepaskan jawatan. Alasannya nanti akar umbi masih mahukan dia. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: