GAMBAR GAMBAR -Penyertai majlis iftar khas yang dihoskan oleh












Perdana Menteri Hun Sen bersama-sama golongan ilmuwan dan kira-kira 6,000 masyarakat Islam di Kemboja dalam suasana penuh harmoni.

Dalam ucapan, saya sempat titipkan penghargaan kepada Hun Sen atas kepedulian beliau yang menghargai dan menghormati umat Islam Kemboja dengan penganjuran majlis iftar khas ini.

Selain delegasi kerajaan Malaysia dan komuniti

masyarakat Islam di Kemboja, majlis iftar khas tersebut turut disertai mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dalam ruang lingkup bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa.

Sebanyak 1,500 naskhah terjemahan al-Quran dalam Bahasa Khmer dan Bahasa Inggeris turut disampaikan dari kerajaan Malaysia kepada masyarakat Islam di Kemboja.

Usai berbuka puasa, saya sempat menziarahi Masjid Al-Serkal dan menunaikan tarawih bersama-sama kira-kira 300 umat Islam di situ selain menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan masjid.

Sampai jumpa lagi Kemboja.

#MalaysiaMADANI

 

No comments: