KALAU PEMIMPIN PEMALAS, ITU AMAT MEMBIMBANGKAN




Hahaha... Kelakar la awak ni.

Kalau baru masuk ofis, terus saja berehat dan meja kemas sekemas-kemasnya, barulah kita patut rasa takut dengan masa hadapan negara kita. Sebab itu maknanya pemimpin itu pemalas. Tak mahu semak semula apa yang berlaku sebelum ini.

Aku sendiri dalam menguruskan platform, selepas off 14 hari, hari pertama memang kerja lebih sikit. Kena tengok balik kerja yang sudah dibuat selama 14 hari sebelum ini, juga yang sedang dan akan dibuat. Jadi aku faham keadaan semasa.

Itu 14 hari off. Apa lagi kalau baru saja ambil alih kerajaan. Diambil pula daripada satu pasukan yang diketahui bobrok, boros dan tidak telus. Pastinya ada banyak fail yang perlu dibelek. Kerana kalau ada sedikit pun kecuaian, negara akan kerugian.

Posting di bawah hanya menunjukkan kedangkalan penulisnya. Nampak sangat dia tak tahu mengurus. Orang begini kalau beri syarikat pun pasti jahanam. Apa lagi kalau biarkan urus negara. Dia patut malu pada dirinya sendiri. Guane boh?

Raja Gelap

.