APA PULAK NI HADI...HASUT JA KERJA KAU....








Atok ni meroyan aku tak dah tak berapa heran. Dah jadi rutin dia. Tapi ada beberapa ayat dia yang aku rasa agak terlajak.

Pertama tuduhannya berlaku gerakan bagi halang penubuhan kerajaan oleh PN. Siapa yang halang? Bukan YDP Agong dah tawarkan kepada PN untuk bentuk kerajaan perpaduan tapi Mahiaddin sendiri yang ingkar?

Lagipun hak menubuhkan kerajaan berada pada PH yang menang kerusi terbanyak. Tak timbul soal PN dihalang tubuh kerajaan sebab PN tak berkelayakan pun untuk tubuh kerajaan waktu itu. Tidak sehingga PH menyerah kalah.

Kedua, dia sebut sekali lagi tangan-tangan ghaib. Siapa yang dia maksudkan? Apakah Hadi nak kata YDP Agong sebagai tangan ghaib sebab kita semua tahu YDP Agong yang titahkan agar kerajaan ini dibentuk segera?

Jadi adakah Hadi menuduh gerakan menghalang PN dari membentuk kerajaan itu didalangi oleh YDP Agong sendiri? Jangan berselindung di sebalik ayat yang berbunga. (Link berita: https://bit.ly/3hmEIOV)

Sebagai ahli politik senior, walaupun kerap ponteng sidang, Hadi sepatutnya arif hantaran seperti ini di media sosial adalah bahaya kerana mengundang salah faham di kalangan pengikut taksub partinya.

PDRM perlu ambil tindakan segera supaya Hadi tak terus buat kenyataan yang mengelirukan seperti ini yang akhirnya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada YDP Agong. Jangan dibiarkan bara menjadi api. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: