Anwar terima panggilan ucapan tahniah dari PM Kanada


Menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kanada, TYT Justin Trudeau pagi ini bagi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kami juga membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam pelbagai lapangan, termasuk pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, serta hubungan sesama insan.

Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi.

Malaysia dan Kanada telah menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada tahun 2021, manakala nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan adalah RM789 juta.



No comments: