Pura pura berkawan akhirnya menjadi lawan Paling cepat SPR boleh lakukan Pilihanraya 29 Oktober APA STRATEGI AMPUH PH DLM MASA SUDAH TIADA?

 

Norman Radzuan


Pura pura berkawan akhirnya menjadi lawan

Paling cepat SPR boleh lakukan Pilihanraya 29 Oktober

APA STRATEGI AMPUH PH DLM MASA SUDAH TIADA?

Rakan2 yg dekat dgn saya memang mengetahui pandangan atau pendirian saya utk mengalahkan BN/UMNO bukanlah sukar tetapi mahukah kita bersatu? Akhirnya Liyana Marzuki telah menzahirkan apa yg tersirat. Terima kasih Puan Lawyer 08.

Saya tidak nampak akn berlaku penyatuan kerana penyokong PKR tidak mahu bekerja dgn pengkhianat manakala PAS tak mahu bekerja dgn DAP. Atas dasar itulah UMNO sgt yakin mereka akn menang pada PRU ini kerana undi pembangkang terpecah byk.

Mereka satu kek makan sorang kita satu kek kongsi bertiga. Ada juga saya berhujah dgn rakan2, mereka kata biar kalah asal berprinsip. Saya kata kita akan kalah sanggup utk tempoh 1800 hari bersama Najib, Rosmah dan Zahid?

Secara jujurnya dlm politik prinsip itu perlu ada tetapi strategi itu lebih penting asal tidak melanggar prinsip. Maksudnya kita tidak mahu merasuah atau dirasuah. Lebih baik ambil risiko daripada tewas sebelum bertanding.

SELESAIKAN SEGERA SOAL MUDA

Baiklah kita lupakan soal 1 lawan 1 kerana saya rasa dlm keadaan skg ia sukar dilakukan kerana masa sudah terlalu suntuk. Jadi saya ingin memberi cadangan segera yg perlu dilakukan dlm persedian separuh masa kita sekarang.

PH malam ini atau esok kena selesaikan mengenai isu parti MUDA. Tanya saya melihat kejadian PRN Johor di Larkin… MUDA ini bukanlah tin kosong seperti disangka.

Di Larkin MUDA yg baru berusia beberapa bulan mampu meraih hampir 5 ribu undi sdgkan PH/PKR yg sudah berpuluh tahun hanya mampu meraih 6448 undi sahaja. Hanya dibezakan 1,400 undi. Berdasarkan data dan fakta itulah saya dpt merasakan parti itu ada sokongan dari anak muda.

Org bertanya kpd saya mereka ini tiada grassroots. Saya kata inilah kelebihan yg ada pada MUDA. Mereka tahu generasi mereka bukan jenis turun dgr ceramah. Dgr ceramah di Youtube pun mereka malas apa lagi nak suruh berkumpul ramai2 di padang.

MUDA saya lihat mereka fokus menguasai media sosial. Mcm anak2 kita beli makanan pakai Foodpanda, shooping guna Shopee, berkenalan guna Omi dan ke sana sini guna e- hailing. Malah anak2 muda skg ramai yg berniaga secara online.

Jadi jgn terkejut 20 tahun nanti ceramah2 politik ini hanya sesuai dibuat di Teluk Bakong atau Ceruk Tok Kun sahaja. Kita jgn jadi mcm abg teksi dulu2… tak mahu ikut arus pemodenan teknologi, dipukulnya pemandu Grab.

Bagi saya PH perlu selesaikan segera soal MUDA. Kalau mahu atau tidak beri kata putus segera. Kita boleh tolak Pejuang, Bersatu dan PAS tetapi saya rasa MUDA wajar dipertimbangkan… sebab2nya ulasan seterusnya di bawah.

PH MESTI ADA STRATEGI AMPUH

UMNO cukup startegi dlm berpolitik walaupun cara mereka mengkhianati atau zalim kpd rakyat. Pernah dgr falsafah if you can't beat them, join them? Pasti pernah dan ini dilakukan oleh UMNO tanpa PRU mereka mampu menjadi kerajaan.

Mereka pura2 berkawan dan skg menjadi lawan. Sekarang mereka sebenarnya melakukan serangan hendap dlm kita sdg merangka persedian strategi pilihanraya. Ini semua ada dlm kitab Art Of War.

Dlm kita tidak yakin ada PRU mereka lakukan segera. Skg menurut rakan paling awal SPR boleh lakukan PRU15 pada 29 Oktober ini.

Secara jujur kita tidak bersedia dan perlu meeting dan meeting dan meeting sehingga hari minggu ini utk mencapai keputusan utk segera melakukan strategi.

PH PERLU FOKUS

Saya ingin memberi pandangan saya kpd PH dlm masa yg terlalu suntuk ini. Please focus….

Kepimpinan tertinggi PH mesti pecahkan pemidato2 hebat mengikut kesesuaian pengundi. Tidak perlu bawa satu bas cukup membawa penceramah2 yg sesuai dgn hadirin.

Bagi saya rugi Pemuda2 parti menyertai tour ceramah PH sdgkan 90% yg hadir adalah golongan 40 tahun ke atas. Kita kena fokus pada sasaran pendengar.

Kita fokus kepada pengundi semi urban dan luar bandar majoriti Melayu mengikut kelebihan dan kesesuaian yg ada pada seseorang penceramah.

A) Anwar Ibrahim, Hussam Musa, Saifuddin Nasution, Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Siti Aishah, Anthony Loke, Dr Aziz Bari, Sheikh Umar, Adly Zahari, Tengku Zulpuri, Mazlee Malik, Mahfuz, Khalid Samad, Hatta Ramli, Suhaizan Kaiat, Mujahid Rawa, Nik Omar, Cikgu Amidi, Rodziah Ismail, Fahdlina Sidek, Dr Siti Mariah dan lain2

B ) Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Gobind Singh, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Khan, Tony Pua, Tan Kok Wai, Chon Kow Yeow, Tereso Kok, Chan Lin Kang dan lain2 fokus kpd kawasan pengundi 60% Cina atau majoriti Cina.

———————————————————————————-

DUA FOKUS PALING PENTING

Jika UMNO, Bersatu, PAS dan Pejuang berebut undi Melayu….PH sukar utk mengatasi mereka dan paling kuat kita hanya mampu menarik 30 peratus pengundi Melayu semi bandar dan luar bandar.

Kelompok Melayu luar bandar ini jika matahari terbelah dua sekalipun mereka tetap akan mengundi UMNO atau PAS. Jadi kita jangan buang masa berkempen di sini.

PH hanya mampu menarik pengundi Melayu kawasan semi bandar, bandar atau golongan intelektual. Jadi PH perlu fokus 100% kepada dua kelompok ini.

1. UNDI ATAS PAGAR

Ramai lupa kelompok ini adalah penentu kpd kemenangan PH pada PRU 14 yg lalu. Jadi kita perlu fokus kpd pengundi2 ini yg akn memilih berdasarkan isu sepertimana berlaku tsunami 2018.

Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Fahmi Fadhil, Sim Chee Keong, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Syahredzan Johan, Yeo Bee Yin, Amiruddin Shaari, Akmal Nasir , Mohd Sany Amzan adalah mereka yg fokus kpd pengundi atas pagar. Mereka bergerak dlm team mereka sendiri dan tidak perlu bercampur dgn team2 yg lain.

2. UNDI ANAK MUDA

Buat pertama kalinya undi anak muda menjadi penentu kepada kemenangan pada PRU15. Ini kerana jumlah mereka mencapai 7.8 juta orang pengundi. PH ada kelebihan di sini.

Disebabkan itu kita berharap PH boleh bekerjasama dgn MUDA utk menambah sedikit impak bahawa PH dilihat sebagai parti atau wadah utk anak anak muda menentukan masa depan mereka.

Jadi PH melalui AMK PKR, Pemuda Amanah dan DAP boleh bekerjsama dgn MUDA utk sekurang kurang mempengaruhi minat anak muda utk mengundi dan memilih PH.

Nama2 seperti Adam, Fahmi Zainol, Howard Lee, Mohd Kamil, Hasbi Muda, Jamaliah Jamaluddin, Young Safura, Sheerlena Rashid dan team dari MUDA seperti Syed Sadiq, Amir Aisha dan ramai lagi mampu utk menarik sekurang kurang 70% pengundi di kalangan org muda.

 

No comments: