Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita
tua itu 'mummy'. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah
berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya . . .
"Aunty, budak dua orang ini siapa?"
"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya."
"Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi.
Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan
oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,"
"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan
agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa
bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan
yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,"
Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan
sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.
Lokasi: Sabah
Oleh: DailysinchewSabah.