PARTY MAN

 

PARTY MAN

Saya pernah tulis, ramai golongan atas pagar yang dah mula buka mata dengan PM9. Terutamanya segmen yang sebelum ni berpatah arang dengan UMNO. Mereka rasakan DSIS ni lain.

Sikap dia yang bukan gung-ho sangat. Political moves dia dalam diam. Classy kata orang. Namun apa yang berlaku semalam, tunjukkan diri beliau yang sebenar.

Sejak bulan 6 dan lepas PRN Johor lagi beliau telah ditekan. UMNO nak pembubaran. Selama ini beliau bertahan. Tapi apabila PM6 dah dipenjarakan, kes Akalbudi dah masuk level pembelaan, Presiden parti tak keruan.

DSIS tahu, this is it. Kalau tak dibuat PRU sekarang, UMNO mungkin akan kalah tahun depan. Nak jadi PM lagi sekali pun, takkan ada harapan.

UMNO betul2 berharap, PRU ketika musim tengkujuh ni akan menyekat orang keluar mengundi. IS tahu ini saja window yang ada. Kalau lambat lagi, lagi teruk orang marahkan dia.

Bukan saja rakyat, tapi parti sendiri. Kalau kalah, dia akan jadi PM kedua UMNO yang kalah pilihanraya. Habislah peluang nak naik semula.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri ada boss diatasnya. Presiden parti sendiri. Yang menekan tak henti2. Pertama kali jua dalam Perhimpunan UMNO, ahli menganjing Perdana Menteri sendiri. Sampai di boo di sana sini.

Pada saya simple. Tak stabilnya Kerajaan buat masa ini kerana PM kita sendiri bukan orang nombor satu parti. At the end, dia terpaksa mengalah juga. Watikah pilihanraya orang lain yang sign, bukan dia.

Mungkin pada dia, table Budget separuh jalan itu akan jadi gula2. Orang ada sneak peak apa yang mereka dapat selepas pilihanraya. Provided dia diangkat semula.

Cuma, ini merupakan satu gamble. Dia dijanjikan jadi poster boy pilihanraya. Mungkin juga UMNO menang dan tubuh Kerajaan sendiri. Tetapi adakah beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri?

Adakah beliau akan kekal tak campur tangan kes mahkamah? Walau ditekan Presiden sendiri.

Adakah beliau akan buat tak tahu sekiranya ramai menekan untuk pengampunan PM6 kemudian hari?

Dan yang paling penting…

Adakah beliau akan menang pemilihan Presiden Parti, selepas PRU15?

Kluster mahkamah ini licik, 3 Kerajaan mereka telah jatuhkan. That’s the history. Yang sudah terpetri. Dan tak boleh ditukar lagi.

Apa yang saya dapat rumuskan, he’s a PARTY MAN after all. Not level Statesman atau Negarawan. Belum level itu lagi. Banyak lagi yang beliau perlu buktikan diri.

Soalan yang harus kita tanya, apabila beliau diangkat kembali, adakah selamat dan stabil kerusi Perdana Menteri? Terutama bila Kluster Mahkamah tak dapat apa yang mereka hajati.

Salam hormat,

Liyana Marzuki