NURUL IZZAH
Semasa misi Darurat Banjir 2021 yang lalu, saya mohon pasukan
Rahmah Support Team turun bersama bagi memberikan bantuan sokongan mental,
emosi dan psikologi buat mangsa banjir.
Sementara kami yang lain mencuci rumah yang dilanda banjir
sehingga tinggi paras bumbung, mereka adakan sesi bersama kanak-kanak mangsa
banjir.
Selesai kesemuanya, mereka kongsikan cerita, bila kanak-kanak
mangsa banjir diminta melukis apa yang mereka rasakan menerusi ‘art therapy’.
Ada yang melukis cita-cita menjadi seorang doktor, kata mereka -
“Saya nak jadi doktor supaya boleh bantu orang ramai dan bantu mak ayah pindah
dari sini. Sebab kami takut nak hadap banjir lagi”
Mungkin pada pandangan orang ramai, kanak-kanak ini melukis sekadarnya untuk suka suka, tetapi dari situlah kita lihat luahan emosi, cita-cita dan matlamat yang ingin mereka capai dalam kehidupan
Sangat tidak mudah untuk menerima takdir yang menghenyak dengan
begitu mengejut. Banjir ini pasti surut, namun dampaknya pada jiwa belum tentu.
Berikan sokongan pada mereka yang memerlukan. If someone you
know is struggling, reach out and support them.
Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022