Ahli Parlimen Sg Petani bersama Pengakap dalam misi bantuan banjir Baling


 Misi bantuan banjir Baling bukan sahaja digerakkan oleh jentera KEADILAN dan Pakatan Harapan namun turut juga disertai pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga Timbalan Yang DiPertua 2 Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul, khidmat pengakap amat sinonim dengan membantu rakyat dalam kesusahan. Maka itu seharusnya mereka turun tangan dalam misi pasca banjir tersebut.


"Saya bersama pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah dalam Misi Bantuan Banjir Baling.


"Seramai 100 ahli Pengakap Kelana Negeri Kedah yang terdiri daripada pelbagai peringkat telah bersama-sama menjayakan misi bantuan ini.

Pasukan sukarelawan diberi sedikit jamuan

"Mereka telah diagihkan ke beberapa lokasi sekitar daerah Baling bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah serta pengagihan bantuan," katanya.


Johari yang juga ADUN Gurun berkata kagum melihat semangat anggota pengakap sama ada remaja atau senior yang bertungkus lumus membantu operasi pembersihan banjir berkenaan.


"Saya cukup kagum dengan semangat kesukarelawanan pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah yang bersungguh sungguh membantu mangsa banjir


"Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah atas kesudian bersama saya dalam misi bantuan banjir ini," katanya lagi.

No comments: