Lebih 1000 veteran tentera berhimpun tuntut pembelaan



Seramai lebih kurang 1,000 orang ahli veteran dan bekas tentera dari perkhidmatan darat, laut dan udara telah berhimpun di Tugu Negara, hari ini. Kehadiran mereka adalah untuk merealisasikan Perhimpunan Bekas Perajurit 6622 atau lebih dikenali oleh RU6622. Ianya telah dihadiri oleh beberapa tokoh veteran seperti Datuk Abdul Rahman Husain, Mejar Mior Rosli Datuk Mior Jaafar TUDM (B), Mejar Zamri Abd Rahman (B), Leftenan Komander Rafique Ali Ahmad Nordin TLDM (B), Azizan Memali dan Ali Tinju. Perhimpunan ini diadakan bagi menuntut pelarasan pencen untuk veteran yang berpencen, pencen kepada bekas tentera tidak berpencen dan memberi pengampunan kepada bekas tentera yang diberhentikan di bawah Para.


No comments: