Haih ada lagi ka pemandu dok mabuk mabuk zaman kerajaan Melayu Isle ni...ni kena jenama TIMAH apa ka...kah..kah...WALAUN jangan masuk gua...

 

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk






Keadaan motosikal yang dirempuh pemandu mabuk hingga
 mengakibatkan pasangan suami isteri maut di Merlimau, Melaka pagi
 tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Merlimau, pagi tadi.

Mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah, dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu.

Manakala seorang lagi penunggang motosikal, Ya’akob Mohamad, 57, turut cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Amran@Mohamad Zaki Omar, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemandu berusia 24 tahun yang dari arah Merlimau itu telah terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua motosikal itu tidak sempat mengelak dan dirempuh, menyebabkan pasangan suami isteri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.

“Seorang lagi penunggang motosikal terselamat namun mengalami kecederaan dan motosikalnya terbakar di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Kosmo!.

No comments: