KAH..KAH...KAH....KETUA UMUM BARU ...UNTUK UMUM APA APA TANYA LAH SI KETUA UMUM

 


Ketua umum antara jawatan dicadang kepada Zuraida, kata pemimpin PBM





Antara cadangan jawatan bagi Zuraida Kamarudin dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) adalah jawatan ketua umum.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin dicadang dilantik sebagai ketua umum Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Naib Presiden Kanan PBM Steven Choong Shiau Yoon, berkata pelantikan menteri perusahaan perladangan dan komoditi bagi jawatan berkenaan antara cadangan diterima pihaknya.

Katanya, dalam tempoh terdekat, mesyuarat akan diadakan bagi memperkenal Zuraida sebagai muka baharu dalam PBM.

“Kita tidak boleh memberikan jawatan utama kepadanya begitu sahaja, haruslah menunggu mesyuarat agung bagi membolehkan pemilihan dilakukan.

“Ada cadangan untuk memberikan jawatan sebagai ketua umum seperti yang diwujudkan oleh PKR kepada Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, saya tak pasti dia akan terima atau tidak,” katanya menurut laporan Utusan.

Choong berkata, parti perlu memberikan jawatan bersesuaian agar rakyat melihat ketokohannya menerajui parti dengan membantu presiden melakukan gerak kerja berimpak besar, termasuk mengemudi penyokong di peringkat akar umbi.

Katanya, Zuraida akan mengadakan pertemuan dengan presiden, Larry Sng Wei Shien, hari ini, bagi membincangkan mengenai keahliannya.

Pada 26 Mei, Zuraida mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai PBM.

Ketika ini, kedudukannya dalam Jemaah Menteri kekal walaupun Bersatu mendesak supaya Zuraida digantikan susulan jawatan dipegangnya merupakan kuota bagi parti berkenaan.

No comments: