GANG PEJUANG YANG TERTINGGAL MAKLUMAT TENTANG SI ATOK






MOHD MUKHLIS

Harap Akif Rusli tak cherrypick data pula, tolong jawap juga pertanyaan terbaharu Tommy Thomas, pasal apa mahathir letak jawatan tak berbincang dengan parti dalam PH.

Biasanya geng pejuang ini , depa memang selalu misleading bila bercerita. Part Mahathir khianat mereka tak pernah sentuh. Dia duk bising pasal kenyataan Anwar yang kata "Strong, formidable and convincing" tapi tak cerita konteks waktu itu. Yang mana Parlimen di prorogue, macam-macam bantuan di beri guna duit rakyat tapi tak ada satu perincian pun; dan paling best, ada yang tak mahu jumpa sampai masuk hospital.

Di ambang Muhyiddin di lantik jadi PM, Mahathir juga sebut ada 113 sokongan, jadi masa ini mana nombor Mahathir yang "Strong, formidable and convincing"?

Persoalan yang TT tanya, Muhyidin dan Mail Sabri sampai sekarang pun tak tunjuk majoriti ( walaupun YPDA titah) tapi mereka tak ada jump the gun terus letak jawatan. Muhyidin di ambang kejatuhan dia, berapa kali dia panggil AG dan Kabinet bincang nak buat macam-mana; bukan terus letak jawatan lepas itu gila calonkan diri sendiri nak jadi supreme leader.

Saya nak tanya saudara sebagai ketua penerangan pejuang muda, kalau Mahathir so smart dan tak pernah buat silap, kenapa dia letak jawatan lepas itu calonkan diri jadi PM yang seterusnya? Kalau Mahathir sangat

hebat

, kenapa dia kena pecat dari parti yang dia asaskan lepas tu tak dapat pula cabar sebab ada undang-undang ROS yang dia sendiri gubal waktu UMNO baru vs UMNO lama?

Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu PRU15, nak tengok berapa kerusi pejuang boleh menang, yelah, dulu claim PH menang sebab Mahathir tapi PRN Johor sampai hilang deposit; ironik kan?

Yang bawah tu screenshot penyokong mahathir, typical mereka suka melucah walaupun sudah tua.

PS: saya bukan Ahli PKR, tapi kalau nak berforum siapa yang khianat PH, saya anytime sahaja on.

https://www.facebook.com/akif.rs/posts/pfbid0A2d4L5hejvCZZVNXuwWxju7SbShXKGbCXcFfwz2GWwdeYfY2RjDy1qcsgJ9VqwL8l