'PH diyakini jadi blok terbesar selepas PRU15'

 

Sinar Harian
'PH diyakini jadi blok terbesar selepas PRU15'
Rafizi berkata, parti itu perlu yakin kepada rakyat kerana rakyat tidak bodoh untuk menilai. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu menjadi blok parti terbesar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu berjaya membuktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, parti itu perlu yakin kepada rakyat kerana rakyat tidak bodoh untuk menilai.
"Dalam tempoh empat lima bulan dalam setahun ini, kalau kita betul-betul ikhlas dan tunjuk kita sedar kesilapan kita dan memberi isyarat yang jelas bahawa kita tidak pentingkan kedudukan, InsyaAllah PH akan jadi blok terbesar selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar? yang turut menampilkan seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

No comments: