MUNG JANGAN MENGGELABAH NIK AMAR...MUNG RELEK LA DULU....SENDIRIAN TAK KUAT KA MACAMANA ?

 

Pas Kelantan masih buka ruang muafakat dengan UMNO




Wana Abd Rahim
Pas Kelantan masih buka ruang muafakat dengan UMNO
MOHD AMAR: Pas sentiasa buka ruang, bukan sahaja dengan UMNO tetapi juga mana-mana yang berpihak kepada Islam, dengan Melayu, kita boleh duduk bincang. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pas masih sudi berbincang walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob memutuskan Muafakat Nasional (MN) peringkat Kelantan dibubarkan pada awal Februari lalu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas bersedia dan masih membuka ruang perbincangan untuk kerjasama dengan UMNO Kelantan.
"Pas masih terbuka, kalau UMNO boleh tengok kembali pendiriannya, dan bersetuju berbincang dengannya. Kita tak ada masalah, hatta dengan Parti Amanah Negara pun boleh.
"Kalau kamu (Amanah) tinggalkan DAP, tinggalkan Pakatan Harapan (PH), boleh bincang. Kita tak simpan dendam walau dalam hati sukar nak terima, tetapi ini demi kepentingan ummah," katanya kepada media di pejabatnya di sini semalam.
"UMNO sudah batalkan kerjasama dengan Pas, tetapi kita Pas sentiasa buka ruang, bukan sahaja dengan UMNO tetapi juga mana-mana yang berpihak kepada Islam, dengan Melayu, kita boleh duduk bincang," jelasnya.
Matlamat penubuhan MN meletakkan kepentingan penyatuan ummah mengatasi kepentingan politik.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, visi MN adalah penyatuan ummah dengan tidak mengehadkan kerjasama dengan UMNO, tetapi sebaliknya dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam dan Melayu.
Beliau berkata, dalam soal MN, pimpinan UMNO juga berbeza pandangan.
"Semalam Naib Presiden UMNO (Datuk Seri) Mahdzir Khalid tak setuju pandangan Zahid (Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), dia kata hubungan Pas 
UMNO patut ditentukan oleh parti, bukan individu.
"UMNO Selangor pula beritahu, dia akan kerjasama dengan Pas. Presiden UMNO kata, tak ada kerjasama dengan Pas. Kita nak pakai cakap siapa? UMNO sendiri pun bercelaru.
"Ada pihak tuduh Pas macam-macam, tak tetap pendirian, main dua kolam, gila kuasa dan sebagainya. Kalau saya nak berhujah, UMNO pun duduk dalam MN, UMNO juga dalam Barisan Nasional (BN), dua kolam juga.
"Jadi, apa masalah kalau Pas duduk dalam MN dan duduk dalam PN? Kena tengok dari perspektif yang betul," tambahnya.

No comments: