AWAT PERANGAI JADI MACAM NI ???

 

Biarlah kakgee...
Program mereka, hak mereka.
Mlm ini saya sepatutnya hadir di 2 event besar. Satu untuk meraikan team Rafizi @ Ayuh Malaysia dan satu lagi anjuran MB Selangor. Kedua nya dalam rangka kempen pemilihan 2022. Dan di tujukan khusus untuk negeri Pahang dan Trengganu. Saya selaku Pengerusi Negeri berhasrat untuk meraikan keduanya. Kerana mereka hadir ke negeri Pahang, wajar di raikan dan ini pemilihan dalaman party, sepatutnya di laksanakan dalam keadaan penuh ukhuwah dan kasih sayang.
Akan tetapi penganjur team Ayuh Malaysia agak keberatan memberi ruang untuk kata2 aluan oleh Pengerusi Negeri. Maka saya terus ke Kemaman bagi meraikan kehadiran Menteri Besar Selangor ke Rapat #KitaKEADILAN bagi Negeri Terengganu dan Pahang.
Terima kasih memberikan ruang ucapan alu aluan selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang dalam majlis ini.
Ini pemilihan dalaman parti. Pemilihan adik beradik. Seharusnya kekalkan suasana kasih sayang dalam parti. Kita juga akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi. Itu lah merupakan medan pertempuran yang sebenarnya nanti.