ELOK ..BAGI PENYEPAK SEKALI....

 

Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tangkap layar rakaman video memaparkan pemandu Myvi itu membuat provokasi terhadap pemandu lain.

PETALING JAYA: Polis menahan pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan membuat provokasi terhadap pemandu lain, seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sekitar Kuala Selangor, Isnin lalu.

“Pemandu kereta jenis Perodua Myvi putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 9 Mei.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut laporan Kosmo!.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, JSPT telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu.

Katanya, mangsa atau pemilik video papan pemuka tersebut serta saksi kejadian diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi terbabit.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.

No comments: