BLACK 14

 BLACK 14

Tarikh 14 April 1999 iaitu 23 tahun yang lalu saya dihumban ke penjara jauh dari keluarga dan sahabat seperjuangan. Titik gelap ini mengajar saya betapa kebebasan dan keadilan akan sentiasa melatari perjuangan dan juga peringatan agar nasib rakyat itu mesti menjadi pegangan yang teguh dalam memungkinkan sebuah Malaysia yang hormat akan prinsip-prinsip kebebasan, keadilan dan karamah insaniah.
Meski ditekan dengan pelbagai rencana dan helah perundangan, namun semangat saya tidak pernah luntur dan tetap teguh menjulang suara dan hak warga yang tertindas. Semoga kita dapat merangkul segala kekuatan yang ada dalam usaha dan upaya kita membebaskan Malaysia dari cengkaman kebejatan dan kebobrokan.
Reformasi!
May be an image of 3 people and text

No comments: