DARI CITA CITA NAK PERINTAH NEGARA KINI NAK TENTUKAN ORANG LAIN PULA NAK JADI PM,,,KAH,,,KAH

Pas tidak gopoh tentukan calon PM untuk PRU15 - Abdul Hadi Awang



Astro Awani
Pas tidak gopoh tentukan calon PM untuk PRU15 - Abdul Hadi Awang
Pas serah mandat pada rakyat untuk tentukan siapa layak jadi Perdana Menteri dan parti mana akan tadbir negara pada PRU15, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Gambar Facebook ABDUL HADI AWANG
MARANG: Pas tidak akan tergopoh-gopoh dalam menentukan pemimpin mana yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.
Bahkan, Pas juga, tegas Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyerahkan mandat kepada rakyat bagi menentukan pemimpin dan parti mana yang akan mentadbir negara menerusi PRU15.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Marang itu, sebarang keputusan mengenainya hanya akan dimuktamadkan selepas pilihan raya selesai.

“Kita serah pada rakyat pilihan raya, (biar) rakyat menentukan keputusan pilihan raya, rakyat yang akan menentukan siapa (calon PM), parti mana kemudian… tak perlu gopoh jadi macam Johor calon (Menteri Besar) orang lain, naik orang lain… ‘order (pesan) barang lain sampai hak (barang) lain’,” kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.Sebelum itu, pada sebelah pagi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti berkenaan menyambut baik keputusan UMNO yang memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15.
Dalam masa sama, Pas turut memberi bayangan parti itu mahukan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan dan Pembangkang diteruskan sehingga pembubaran Parlimen yang ke-14.
Pada khamis Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada PRU15.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

No comments: