MACAM MACAM KES LEBAI PUNYA AUTA

 

Ada dakwaan daripada seorang ustaz yang mengatakan saintis menipu tentang pergerakaan Bumi dan Matahari. Saya tertonton video ini beberapa hari lepas, tetapi malas layan sebab tidak tersebar luas. Tetapi sekarang dah tersebar luas dan rasa ramai telah tertipu, jadi rasa terpanggil untuk betulkan.
1. Dakwaan matahari tidak bergerak.
Matahari sebenarnya bergerak. Mengikut rangka rujuk piawai (standard), Matahari bergerak mengelilingi pusat galaksi dengan kelajuan 720,000 km/j dan Bumi pula mengelilingi Matahari. Saintis tidak kata pun matahari tidak bergerak. Semua objek samawi secara tabiinya bergerak.
2. Dakwaan Bumi tidak bergerak (baca: tidak berputar).
Bumi berputar dengan kelajuan sekitar 1,600 km/j. Putaran Bumi dapat menjadi salah satu tandanya berlakunya siang dan malam. Kalau Bumi tidak berputar, tiada kejadian siang dan malam.
Kita tidak terasa gerakan Bumi sebab kita, atmosfera, pokok dan segalanya di Bumi ikut bergerak sekali. Ia ibarat anda duduk dalam kapal terbang yang bergerak selaju 900 km/j, kita tidak terasa gerakannya. Tidur pun nyenyak. Duduk dalam kereta mahal dan berat kalau gerak laju pun tidak terasa kelajuannya.
Kalau naik kereta api berkelajuan peluru berpandu, kita tuang air dalam cawan pun air tidak lari dan tidak berkocak. Sama konsep macam putaran Bumi. Puncanya adalah inertia.
3. Berkenaan satelit.
Sebenarnya satelit bergerak. Ia bergerak mengelilingi Bumi. Malah, ada satelit bergerak lebih laju daripada putaran Bumi iaitu sekitar 11,300 km/j. Memang tidak duduk diam. Berapa kali satelit mengelilingi Bumi bergantung pada fungsinya.
Ada yang mengelilingi Bumi sampai 19 kali sehari. Kalau satelit TV dan komunikasi mengelilingi Bumi sekali sehari. Dengan kata lain, satelit TV sentiasa berada di koordinat yang sama dengan permukaan Bumi. Jadi, dongak pun, ia tidak lari ke mana.
4. Kalau Bumi bergerak, kenapa kapal terbang tidak terapung saja dan biarkan Bumi berputar sampai ke destinasi?
Sebabnya, kapal terbang di darat telah pun mempunyai kelajuan mengikut kelajuan putaran Bumi. Apabila ia mula berlepas, ia akan bawa kelajuan itu sekali dengannya. Ikut hukum inertia, suatu objek itu akan terus pegun ataupun terus bergerak sehinggalah ada daya yang menganggunya.
Kapal terbang itu asalnya mempunyai kelajuan sebab ikut kelajuan putaran Bumi. Kalau berlepas pun, ia tetap mempunyai kelajuan yang sama. Kapal terbang hanya akan sampai ke destinasi apabila ia menambah kelajuannya.
Gambar di bawah adalah ilustrasi aliran pergerakan sistem suria yang dipandu oleh pergerakan Matahari mengelilingi galaksi.
No photo description available.


No comments: