SOSMA

 

Bagi mereka yang tertinggal keretapi, Al-kisahnya…

1. Semalam pihak Kerajaan kalah di Parlimen dalam meluluskan pindaan undang-undang SOSMA. Pindaan ini dibuat bagi memanjangkan tempoh tahanan tanpa bicara dari 28 hari ke 5 tahun, bagi kes2 melibatkan keganasan.

2. Saya taknak sentuh mengenai isu undang2, kerana akan jadi teknikal. Yang saya nak sentuh ialah bagaimana isu ini dipolitikkan.

3. Geng UMNO dah mula tekan PM untuk buat PRU15 segera. Kata mereka semalam menunjukkan Kerajaan sudah tidak stabil. Nak luluskan undang2 pun tak lepas.

4. Pada saya, semalam menunjukkan demokrasi kita makin matang. Ahli Parlimen kita mengundi bukan lagi ikut kiblat parti. Kini lebih kepada isu dan polisi.

5. Ramai Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan pindaan tersebut kerana ramai sedar bagaimana ia boleh disalahgunakan. Kena ingat dulu, PM6 telah guna SOSMA ini dengan sewenang2nya, untuk tahan mereka2 yang dedahkan skandal 1MDB.

6. Makanya, jangan pulak terkejut beruk kalau pindaan SOSMA ini tidak dapat sokongan. Mana yang tak baik untuk rakyat dan negara harus ditolak. Itu seharusnya menjadi pendirian setiap YB.

7. Undi sebegini dipanggil undi bipartisan. Ahli Parlimen bebas untuk menolak polisi yang tidak baik walaupun melanggar pendirian parti sendiri. Ini selalunya terjadi di negara2 lain dengan demokrasi yang lebih matang.

8. Makanya, janganlah kita mudah percaya spin, nakkan PRU cepat2, hanya dengan tengok undi SOSMA ini. Negara lain, benda ini biasa sahaja. Kita yang perlu belajar menerima.

Salam hormat,

Liyana Marzuki