'Orang miskin nak pinjam RM10k susah, orang kaya tanpa cadangan dapat RM2.6 bilion'




 Isu pinjaman RM2.6 bilion yang diberi oleh bank bank Malaysia kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong yang muflis baru baru ini boleh diangkat sebagai isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak sepatutnya rakyat biasa disukarkan mendapat pinjaman tetapi syarikat besar diberi keistimewaan pinjaman tanpa cagaran.

"Orang kaya bertambah kaya, orang miskin tendang sampai tak ada kerja. Itu tak ada maruah...... Orang miskin nak pinjam bank RM10,000 sikit punya susah, pergi balik. 12 kali pergi pun tak dapat.

"Kemudian bank bagi pinjam RM2.6 bilion kepada syarikat judi di Hong Kong. Bankrap sudah syarikat itu. Apa sudah jadi macam ini," katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya bagi DUN Tiram, pagi tadi.

Anwar menekankan soal perlunya nilai mulia dan maruah dijadikan budaya hidup rakyat negara ini selepas 60 tahun di bawah BN yang tidak menekankan hal hal akhlak dalam pemerintahan.

Bagi jentera kempen, Anwar mahu mereka menjawab dengan rapi isu isu wakil rakyat lompat parti dan janji yang belum ditunaikan pada era pemerintahan PH lalu.

" Kita kena terang. Dulu kami pilih kamu kemudian Ahli Parlimen kamu khianat. Masa kempen orang kerja setengah mati, bila menang dia khianat kita. Jangan maafkan orang macam ini, sampai jatuh kerajaan.

"Kita kena teliti betul betul orang kita yakin setia dengan prinsip parti kita.

"Kita harus bekerja menjelaskan dasar kita, komitmen kita. Bukan sekadar ulang apa yang PH janjikan. Ekonomi harus dipulihkan untuk rakyat. Rakyat yang susah majoriti Melayu tetapi India dan Cina miskin pun ada.

"Inilah pendekatan kita bila tubuh KEADILAN yang menjamin hak semua. Kita yang paling awal berani cakap begitu," katanya.

Selain itu, Pengerusi PH itu turut mengingatkan jentera kempen cabaran PRN ini lebih sukar kerana Umno dan Bersatu memainkan isu Melayu.

"Cabaran kita lebih sukar dan parti parti sekarang bawa isu baru, nak selamakan Melayu. Kempen Umno dan Bersatu ini Melayu. Kepada orang Melayu kita kena jelaskan. Yang dia susah miskin itu kerana kerajaan Melayu juga.

"Begitu juga isu calon bukan Melayu. Tiram kawasan Melayu buat apa nak ambil India? Kita jawab calon India nak letak mana? Satu Malaysia tak ada majoriti India. Tetapi kalau saya nak menang Port Dickson saya perlu tak sokongan India? India ada 13 %. Saya di Permatang Pauh India 10%, saya perlu tak sokongan? Perlu.

"Apakah orang India (dalam 10%) boleh rosakkan dasar Melayu? Ini sengaja nak menakutkan orang," katanya lagi.

 

No comments: