ADA YANG KATA RAFIZI MERAJUK?



Hanya yang kenal beliau secara ikhlas akan tahu tindakan beliau adalah untuk menyedarkan anggota parti dan pimpinan tentang apa yang bakal berlaku dan bagaimanakah kesannya kepada parti.


Anda boleh lihat dan rasa "akibatnya" secara jelas sekarang, ketiadaan Rafizi selepas PRU14, bagaimanakah keadaan parti?


Selepas PRU14, banyak nasihat dan kesedaran telah dilemparkan oleh Rafizi kepada kepimpinan parti tentang akibat yang akan dialami parti, tetapi nasihat² tersebut dibakul sampahkan. Terbukti apa yang dinasihatkan beliau telah/tengah berlaku sekarang tetapi tiada seorang pemimpin pusat terutamanya yang claim "Team Presiden" dapat selamatkan keadaan yang dialami parti. 


Persoalannya disini, anda inginkan seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan parti, rakyat & negara dengan membawa strategi kemenangan kepada parti atau anda nak pemimpin yang gila jawatan,YES BOSS, "berpotensi" untuk khianat dan tiada idea?


Anda keluarkan wang anda, tenaga anda, korbankan keluarga, ambil macam² risiko di lapangan selama ini demi Parti Keadilan Rakyat. Tetapi, jika parti masih tidak dapat mengambil tampuk kuasa dengan kepimpinan yang ada sekarang, maka anda perlu fikirkan dimanakah permasalahan sebenarnya itu?


Fikirkan..


P/S: 

Yang kenal Rafizi Ramli tahu bahawa beliau sayangkan Anggota Parti, Anwar Ibrahim, Kak Wan, KeADILan, Rakyat dan Malaysia. 


Segala tindak tanduk beliau adalah demi kesedaran semua. Admin yakin beliau tidak akan tinggalkan perjuangan "Bina Semula Negara" & majoriti rakyat yang sayangkan beliau selama ini.


InsyaAllah, Rafizi akan kembali berjuang dan kali ini, beliau perlukan sokongan anda semua tanpa berbelah bagi!


#RR4TimbalanPresiden

#RafiziRamli

#HeroRakyat



No comments: