WARISAN AKAN MAUT KALAU KERJASAMA DENGAN MUDA.

 





Warisan sendiri pun bakal maut kalau kerjasama dengan Muda je. Di Sabah pun Warisan dan nyawa nyawa ikan.

Kau nak run solo, tak boleh survive. Jadi kau nak kena kerjasama dengan parti lain. Tapi siapa yang nak korbankan kerusi untuk parti kau? Orang dah bertahun bertanding di situ.

Sebab itu aku cakap, penubuhan parti baru ini hanya untuk pecah belahkan rakyat. Supaya kaum yang zalim boleh kekal memerintah. Tujuannya nak pembangkang kalah.

Masa Keadilan ditubuhkan, memang politik negara kita ada lompong yang besar untuk sebuah parti berbilang kaum. Parti yang menjadi jambatan antara PAS dan DAP.

Ketika Amanah ditubuhkan, ia mengambil tempat PAS secara keseluruhannya. Tidak ada cerita rebut kerusi kerana Amanah ambil semua kerusi PAS. Kalau ada rundingan pun sikit sikit je.

Malah ketika Warisan ditubuhkan di Sabah pun, ia mengisi aspirasi rakyat Sabah yang mahukan parti lokal menguruskan negeri mereka.

Tapi Muda ditubuhkan untuk apa? Mewakili orang muda? Setiap parti ada sayap gerakan pemuda. Tak ada keperluan pun untuk Muda ditubuhkan.

Dan kalau Muda dan Warisan kerjasama dengan PH, tiada tempat untuk mereka. Kena ada parti yang mengalah. Tapi kalau parti itu mengalah, ahli akan marah. Jadi bagaimana?

Cara paling mudah, parti yang gila sangat mahukan Warisan dan Muda masuk PH, mereka yang kena korbankan kerusi untuk kedua parti ini.

Atau Warisan dan Muda lawan PN, BN dan PH sekali jalan. Dan itu akan memenangkan BN. Tak kisahlah. Janji Warisan dan Muda boleh masuk pilihanraya. Macamana?

Sebab itu aku jelas sebutkan, kemasukan Warisan ke Semenanjung dan penubuhan Muda hanya untuk pastikan BN kekal berkuasa. Mereka hanya proksi seseorang untuk tewaskan PH. Itu sahaja.

Raja Gelap

.

 

No comments: