Gomez, Borhan dan Abu Zahar, Azam Baki terbela?

 

 OLEH : MSO


Gomez, Borhan dan Abu Zahar,

ANALISA ISU




Edmund L Gomez dan Azam Baki.

PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru-baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya. Peletakan itu bukan main-main, atau saja-saja tanpa mesej jauh sekali sama dengan peletakan jawatan presiden FAM atau sewaktu dengannya.

 

SPRM adalah sebuah badan yang menjaga keselamatan dan memastikan integriti negara sebagai sebuah kerajaan. Tujuan SPRM diwujudkan untuk mencegah perbuatan rasuah yang boleh menjahanamkan negara. Rasuah lebih bahaya daripada dadah atau dakwah menunggangkan agama. 

Jadi apabila seorang ahli apa lagi sebagai panel perunding atau lembaga penasihat meletak jawatan akibat tidak berpuas hati apa yang dilihat dan dinasihatinya maka badan itu sudah rosak dan cacat. Yang terbabit pula seorang professional dilihat tidak ada apa-apa kepentingan politik dan peribadi. 

 

Gomez meletak jawatan apabila beliau kesal dan kecewa dengan apa dibangkitkan berkaitan badan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli penal perunding yang dikira boleh diajak berunding. Subjek  dibangkit berhubung perniagaan dengan pihak penguat kuasa badan itu. 

 

Secara terus terangnya beliau tidak senang hati dengan laporan salah laku membabitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang dikatakan memiliki saham-saham tersenarai di pasaran awam sebanyak RM2 juta. Bertolak dari situlah beliau telah menulis kepada pengerusi Panel Perunding, Burhan Dollah dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Abu Zahar Ujang sendiri mengambil perhatian apa dibangkitkan itu.

 

Beliau mahu salah laku terhadap Azam itu disiasat kerana isu itu sudah tersebar luas yang boleh menjejaskan integriti SPRM. Tetapi malangnya setelah tiga kali beliau menulis, memaklumkan perkara itu untuk perhatian Burhan dan Abu Zahar tetapi ia tidak diambil apa-apa tindakan.

Kerana kesala sikap dua manusia itulah, maka beliau meletak jawatan.

 

Peletakan jawatan itu mengejutkan umum dan menjadi tandatanya. Dari sudut lain umum menyuluh SPRM ada masalah. 

 

Sebagai reaksi atas tindakan Gomez itu Burhan dan Abu Zahar telah menafikan yang Gomez ada memaklumkan tentang Azam Baki itu kepada mereka. Burhan mengatakan dia tidak tahu atau menerima sebarang pemakluman itu.

 

Sebaik Burhan, membuat kenyataan itu, Gomez menempelak balik dengan memberi tahu beliau sudah berkali-kali menulis dan menghantar email kepada Burhan tentang perkara itu. Burhan tidak senang dengan kenyataan balas Gomez dengan meminta agar Gomez tidak mempolitikan isu berkenaan. Kenyataan Burhan itu agak kasar dan emosi, siapa yang hendak mempolitikan siapa dalam hal ini. 

 

Umum tidak nampak Gomez hendak bermain politik apabila membangkitkan sesuatu keadaan yang boleh mencalar balarkan SPRM. Bukankah tindakan itu untuk memastikan tidak wujud kepentingan peribadi oleh oknum-oknum tertentu dalam SPRM.

 

Kemudian Abu Zahar juga turut menafikan ada menerima pemakluman oleh Gomez itu di samping menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana tindakan tidak profesional terhadap mana-mana anggota SPRM.

 

Ertinya bagi Zahar Ujar tindakan Gomez itu menyalahgunakan professionnalisme diamalkan SPRM. Tanpa menyebut apakah bentuk professional SPRM, Abu Zahar meminta Gomez membuat laporan polis. Dalam masa sama juga keengganan Gomez daripada berjumpa dengannya. Apakah perlu Gomez membuat laporan polis kalau beliau sudah membuat laporan kepada pengerusi panel dan pengerusi lembaga penasihat.

 

Bukankah dengan apa yang dilaporkan itu sudah cukup asas dan dalil untuk membuat siasatan dalaman.

Abu Zahar dan Burhan boleh memanggil Gomez dan Azam Baki bersemuka untuk menyelesaikan apa dibangkirkan Gomez itu.

 

Disinilah orang seperti Abu Zahar dan Burhan memerlukan kebijaksanaan dan nilai pimpinan berhemah.

 

Dengan menafikan yang mereka konon tidak menerima pemakluman (surat) daripada Gomez itu nampak sangat untuk menutup kes berkenaan atau menyimpannya di bawah karpet. Ia juga semacam hendak membela dan menyelamat Azam Baki.

 

Cara dan tindakan Abu Zahar dan Burhan itu bukan dapat menjaga wibawa SPRM sebaliknya menjadikan badan itu diragui sepanjang masa, sementelah banyak kes-kes yang dikendalikan oleh badan itu untuk pendakwaan menimbulkan persoalan.

 

Seharusnya baik Burhan atau Abu Zahar tidak bertindak seperti mahu menyelamatkan Azam Baki dan menafikan dakwaan Gomez, tetapi membuat siasatan menyeluruh kemudian mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakinkan dan menjawab dakwaan itu Gomez itu bukannya kenyataan yang tambah mengelirukan dan menampakan mereka sebagai BANGKAI berada disitu.

 

Apakah tunggu arahan daripada perdana menteri? Ismail Sabri Yaakob sesekali tidak akan cuba bercakap mengenai dakwaan salah laku Azam Baki itu, apa lagi membuat arahan seperti dia mengarahkan supaya Ahmad Faizal Azmu, Menteri Belia dan Sukan balik daripada bercuti. Tidak. [wm.kl.9:48 an 31/12/2021]