Tu lah Hadi...jangan memandai mengatur urusan Umno. Kau bukan jurucakap Umno pun.Kang kena kapirkang ...kah..kah...


Usah berlagak seperti jurucakap tak bertauliah Umno, ketua bahagian beritahu Hadi




Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, tindakan
 Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bertegas mahu bersama Bersatu
 dalam Perikatan Nasional memperlihatkan wajah sebenar parti itu yang
 tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan
 sebarang keputusan.

PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Umno membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perlu berlagak seperti jurucakap tidak bertauliah Umno yang seolah-olah memperkecilkan peranan mereka dalam membawa suara akar umbi bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.

Mereka merujuk dakwaan Hadi yang majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya, di sebalik pendirian PAS mahu bersama Bersatu.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata tindakan Hadi yang bertegas mahu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan wajah sebenar PAS yang tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan sebarang keputusan.

“Di dalam PAS, mungkin mereka akan ikut apa sahaja yang dikatakan pemimpin, walaupun ia tidak benar, umpama suatu ketika dahulu Umno dikafirkan oleh mereka, tetapi sekarang tak pula?

“Tetapi dalam Umno, keputusan Umno dari Perhimpunan Agung Umno…dari bawah, kalau MKT nak, tetapi akar umbi tak mahu, tidak akan jadi kenyataan. Hadi kena faham kaedah Umno ini…MKT boleh ditukar bila-bila masa, tetapi MKT tak boleh tukar akar umbi.

“Kalau tak ada angin kenapa pokok bergoyang? Tak payahlah nak jadi jurucakap kepada Umno, tiada orang suruh pun,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Hadi yang “menasihatkan” ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT, bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.

“Saya difahamkan majoriti ahli MKT Umno (mahu) bekerjasama. Umno kena ikut pemimpin…majlis tertinggi dia, bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ni akar umbi…itu lain cerita,” kata Hadi selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah berkata akar umbi Umno jelas sepakat tidak mahu menjalin kerjasama dengan Bersatu, tetapi PAS tetap berkeras mahu Umno menerima “sahabat” mereka dalam Muafakat Nasional (MN).

“Akar umbi yang tidak mahu dengan Bersatu sebab sikap Bersatu di bahagian-bahagian besar kepala masa Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri, walaupun tiada orang (jentera), dia langgar sana sini.

“Dia ingat Umno ni kayu ke? Sebab itu akar umbi tak boleh terima Bersatu…tiada kena-mengena dengan orang atas (Majlis Kerja Tertinggi Umno),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Hadi sengaja mencipta suasana agar pengundi melihat Umno yang bersalah kerana enggan bekerjasama dengan PN.

“Saya rasa dia (Hadi) sengaja cipta suasana supaya nampak kita yang tak mahu dia (PAS dan Bersatu). Macam yang dia buat di (pilihan raya negeri) Melaka…supaya orang Melayu marah kita, sedangkan dah jelas dari hari pertama MN lagi, kita nak perkukuhkan MN, tetapi tak mahu Bersatu. Tetapi Hadi tetap nak Bersatu…kalau dia nak pergi ke Bersatu, selamat berjuanglah,” katanya.

No comments: