KES YANG DI KAITKAN DENGAN HISHAMUDDIN HUSSEIN INI DIANGGAP SELESAI

 

Selepas beberapa tahun tertangguh, Malaysia bakal terima helikopter MD 530G, pada Mac



Angkatan Tentera Malaysia menempah enam helikopter peninjau dan tempur ringan, MD 530G.

PETALING JAYA: Malaysia akan menerima enam helikopter peninjau dan tempur ringan, MD 530G, selepas beberapa tahun perolehan aset terbabit mengalami penangguhan.

Pembuat pesawat berkenaan, MD Helicopters Inc., berkata semua helikopter berkenaan diserahkan di Texas, Amerika Syarikat, pada Khamis, kepada ejen Kementerian Pertahanan.








“Semua pesawat itu dalam perjalanan ke Malaysia, dan dijangka tiba pada Mac,” kata syarikat terbabit.

Helikopter itu ditempah pada 2016 dan menimbulkan kontroversi selepas pesawat itu tidak diterima, dalam jangkaan pada 2017 dan 2018. Tarikh akhir penghantaran menjelang penghujung 2020, juga tidak dapat dipenuhi, susulan masalah teknikal.

Keenam-enam helikopter MD 530G ditempah Malaysia di fasiliti latihan, di Texas, Amerika Syarikat.

Dilengkapi 50 kaliber pod mesingan buatan Belgium dan tujuh tembakan pod roket 70mm, helikopter itu akan ditempatkan di Sabah.

MD Helicopters berkata, lapan juruterbang dan sembilan juruteknik daripada Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, sudah menamatkan latihan dalam operasi persenjataan dan pengisian bahan api di barat Texas.

Penghantaran semua helikopter terbabit juga diumumkan dalam akaun Twitter Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tahun lalu, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang, berkata enam helikopter itu dijadual dihantar pada penghujung 2021. MD Helicopters memenangi kontrak membekalkan helikopter berkenaan pada 2016, menjadikan Malaysia negara pertama menjadi pemilik MD 350G, yang turut dikenali sebagai “Little Bird”.

Perolehan helikopter itu dilaporkan bernilai RM321.9 juta, dijangka menjadi sebahagian rancangan ATM untuk tiga skuadron penerbangan membabitkan tugasan tinjauan ringan, berat dan serangan.

No comments: