BUKAN KERANA AKAR UMBI, TETAPI AKAR UMBI YANG TAK CERDIK YANG SOKONG UMNO..

 

Kekuatan UMNO kerana akar umbi – Zahid




MGF_28032021_PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO_15-1
Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus mendengar suara akar umbi dan suara rakyat seperti mana yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.

Lantaran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, barisan kepimpinan parti itu tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.

”Biarlah resmi UMNO ini cuba ‘didalilkan’ sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah SWT,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid mengakui faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO selepas Pilihan Raya Ke-14 kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.

Malah, katanya, sudah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.

Beliau berkata, selepas PRU-14 berakhir, musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini sehingga ke tahap presidennya diugut dan digertak supaya parti dibubarkan atau akan menanggung akibat.

Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti dan kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.

Muslihat mereka agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri, seterusnya berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.

“Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang. Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.

”Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah. Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat,” ujarnya. 


No comments: