RFID - Satu kezaliman di zaman PAS jadi kerajaan.


ABDULLAH MAT ISA


1. Memansuhkan Tol adalah salah satu dari dua janji PH yang tidak dapat ditunaikan dalam tempoh 22 bulan.

2. Namun dalam tempoh 22 bulan, sebagai gantinya PH telah berusaha untuk mengurangkan harga tol. Natijahnya PH berjaya kurangkan harga tol PLUS sebanyak 18% dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

3. Seperti dalil walaun, "jika tak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua". bermakna walapupun PH tidak mampu untuk hapuskan tol, namun PH ganti dengan kurangkan harga tol.

4. Usaha PH tidak berhenti setakat itu, PH terus berusaha berunding untuk ambil alih lebuhraya agar dapat kurangkan lagi harga tol untuk kesenangan rakyat.

5. Namun Langkah Sheraton berlaku, kerajaan PH ditumbangkan dan PAS menjadi kerajaan. Dan selepas PAS menjadi kerajaan, segala usaha PH untuk ambil alih lebuhraya dibatalkan kesemuanya. ya, BATAL KESEMUANYA.

6. Dengan kata lain, rakyat sudah tiada harapan lagi untuk menikmati harga tol dengan lebih murah sejak PAS jadi kerajaan, bahkan bakal berdepan dengan peningkatan harga tol pula dalam masa akan datang sekiranya PAS kekal dalam kerajaan.

7. Kini isu RFID pula menerjah dalam kesusahan rakyat. Dulunya kad Touch N GO boleh digunakan untuk pelbagai kereta, kini RFID hanya untuk satu kereta sahaja, kereta lain kena beli pelekat RFID lain berharga RM35 dengan nilai RM0 di dalamnya. Ada PAS bantah? tiada langsung, diam seribu bahasa syaitan bisu.

8. Kesimpulannya, selepas lebih 25 bulan PAS dalam kerajaan hari ini, jelas menunjukkan PAS langsung tidak layak mentadbir negara mahupun negeri. Lihat sahaja kegagalan PAS memerintah Kelantan 30 tahun, manifesto PAS Kelantan PRU14 juga hancing, janji nak buat hospital, rupa-rupanya jadi hospital ghaib macam terowong Pulau Pinang.

Oleh itu, tak kisahlah samada undi BN atau undi PH, asalkan jangan undi PAS.

Undilah sesiapa sahaja asalkan bukan PAS.

 

No comments: