Terkini! Menteri umum berita gembira, PM bakal lantik seorang lagi penasihat khas

 

Terkini! Menteri umum berita gembira, PM bakal lantik seorang lagi penasihat khas


Seorang lagi penasihat khas kepada perdana menteri dijangka akan dilantik bagi membantu Ismail Sabri Yaakob.

Hal itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abdul Latiff Ahmad, melalui jawapan di Dewan Rakyat

Katanya penasihat khas itu adalah untuk hal-hal berkaitan kesihatan dan ia sedang dalam proses lantikan, manakala pelantikan dua penasihat lain sudah dibuat.

“Buat masa ini, hanya terdapat tiga orang penasihat khas kepada perdana menteri iaitu penasihat khas (mengenai) undang-undang dan hak asasi manusia, penasihat khas (mengenai) agama dan penasihat khas kesihatan yang masih dalam proses pelantikan,” katanya.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata demikian dalam jawapan bagi pertanyaan lisan daripada Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu).

Amiruddin meminta kerajaan menyatakan jumlah penasihat khas yang dilantik serta bidang keparakan mereka serta kesan kewangan atas setiap lantikan terbabit.

Abdul Latiff berkata kos keseluruhan bagi setiap satu pejabat penasihat khas berkenaan ialah sebanyak RM50,000 sebulan.

Perbelanjaan itu, katanya, termasuk untuk pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat tersebut.

“Kos ini termasuklah bayaran gaji dan emolumen penasihat khas serta pegawai-pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat berkenaan,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Penasihat terbabit, tambah Abdul Latiffm, dilantik daripada kalangan tokoh yang mempunyai jaringan hubungan, pengalaman dan kepakaran dalam hal-hal berkaitan tugas mereka.

Mereka juga katanya diyakini boleh memberi faedah kepada usaha-usaha pembangunan negara yang selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

No comments: