PAK MENTERI NAK LIHAT SEKOLAH BANDAR SAHAJA KAH JANGKITAN COVID ? TAK MAHU JALAN JALAN DI KAWASAN PEDALAMAN KAH...CUBA JANGAN SEMBUNYI

 


Covid-19: 150 pelajar SSP Cyberjaya dipindah ke IAB



Murid lain di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya juga akan terus dipantau dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin, menurut Radzi Jidin.

SEREMBAN: Seramai 150 pelajar tingkatan lima Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kepada pelajar sekolah berkenaan yang positif Covid-19 dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, dekat sini malam tadi.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan dalam sebuah pusat kuarantin dengan setiap bilik menempatkan dua pelajar.

“Sebentar tadi (malam tadi) saya ke IAB di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi meninjau persediaan pusat kuarantin ini menerima kemasukan murid yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19 di SSP.

“Insyaallah murid lain juga akan terus dipantau di sekolah dan sebarang perkembangan lanjut kita akan maklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin, Alhamdulillah di sini (IAB) disediakan dengan baik dan selesa bagi memastikan anak-anak yang dikuarantin berada dalam keadaan kondusif,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik ke Facebooknya malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan pemantauan dibuat dengan lancar dan baik termasuk sokongan dan dukungan ibu bapa.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Sha’ari Ngadiman hari berkata kes positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya kini sebanyak 139 kes melibatkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

No comments: