Pada saya ini isu yang tidak serius. Isu ini hanya dilontarkan oleh seorang YB dari Keadilan iaitu YB Najwan. Itu hanya cadangan beliau dan boleh sahaja sesiapa mahu terima atau bahaskan.
Apa yang penting, kita tidak perlu melatah sangat. Isu ini tidak pernah berada dalam sebarang agenda di antara Keadilan dan Amanah itu sendiri. Maksudnya, tidak pernah dibincangkan pun.
Saya bersetuju dengan rakan saya dari Amanah, Sdr Jeming Hassan dari Kelantan. Beliau tidak bersetuju dan menyatakan idea ini pernah dibawa oleh azmin suatu ketika dahulu. Bagi saya, buat waktu ini tidak perlu pun Amanah bergabung dengan Keadilan. Amanah perlu diberikan peluang untuk membina kekuatannya kerana Amanah adalah parti yang masih muda. Keadilan pula harus memperkuatkan lagi parti ini.
Kerjasama sedia ada harus ditingkatkan bagi menghadapi PRU15. Penggabungan di antara kedua parti ini dalam situasi sekarang lebih banyak mendatangkan masalah dan keburukan berbanding kebaikannya. Oleh itu, lupakan sahaja idea tersebut.
WFAUZDIN NS