200 kontena ayam sejuk beku: ‘Jika anak jantan, bentangkan siapa penerima AP’

 


Oleh ZAMIR GHAZALI / December 3, 2021

Giat kita bercakap tentang sekuriti makanan. Program tanaman skala kecil atau besar. Program pengupayaan petani dan penternak. Reformasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan koperasi. Kawalan harga input. Subsidi bersasar dan konsisten.

Namun, ketika itulah akan datang idea dan kelulusan import besar-besaran.

Ini bukanlah kitaran baru. Sejujurnya, saya tidak nampak lagi jalan penyelesaian melalui rundingan kononnya dengan ‘stakeholder’ iaitu pengusaha. Kertas cadangan. Townhall. Apa nama sekalipun.

Perdana Menteri Keluarga Malaysia sekarang adalah mantan Menteri Pertanian dahulunya.
Jika kesedaran dan kemahuannya tinggi, beliau sendiri boleh melakukan sesuatu. Angka dan dapatan apa lagi yang perlu dibentang?

Yang tiada ialah iltizam politik untuk mengubah. 200 kontena ayam sejuk beku?

Jika anak jantan, bentangkanlah siapa penerima permit import (AP) ini. Dan siapa pula peniaga yang bawa masuk.

Berniaga kertas permit import adalah keuntungan pasif malar segar dan relevan untuk perjuangan Ketuanan Melayu.

*ZAMIR GHAZALI merupakan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu.


No comments: