PEMFITNAH TABUNG HAJI ELOK DITARIK TAULIAH.


 

AHMAD SAYUTI BASIRON


AQIDAH rakyat Selangor lebih sejahtera (salimah) jikalau manusia² pembohong dan penjaja fitnah tidak dibenarkan terus lakukan kerja² zalim dan jahat mereka terutama dalam masjid surau. Sebab manusia jenis penfitnah akan menyesatkan ummah keseluruhannya. Mudharat nya amat besar pada ummah dan Negara.

Nabi pernah bersabda, maksudnya;

Bantulah saudara kamu yg zalim dengan cara "menghentikan" (menegah) mereka dari terus lakukan kezaliman itu...

Saidina Umar al-Khattab berkata,

Aku (kini) jadi berani (lakukan peibagai ijtihad baharu) kerana aku ada kuasa (amanah khalifah).

Maka dgn kuasa yg ada, melaksanakan tegahan maksiat adalah lebih aula hukumnya, daripada menyuruh kebaikan, sekali pun bertopengkan agama...