Mekanisma macam mana MAOUDC ni berfungsi. Limpahan air sungai disalurkan ke selinder gergasi. Bila hujan reda, air dalam silender ni dipam ke Tokyo Bay (Edo River).
Sebelum hujan lebat,
sampah-sampah dah dikutip untuk pastikan sampah tak bersepah & sumbatkan
sistem perparitan bila banjir melanda.
Anti disaster radio.
Benda ni sekali dengan torch light & boleh charge telefon juga. Sangat
convenient.
Apa yang kita boleh belajar dari Jepun dari segi pengurusan
bencana alam?
1. TEKNOLOGI ALIHKAN AIR BANJIR BAWAH TANAH (MAOUDC)
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, di Jepun ada satu
sistem bawah tanah yang dinamakan MAOUDC. Binaan gergasi bawah tanah ni
berfungsi untuk mengalihkan air banjir dari bandar Tokyo dan kawasan sekitar ke
Tokyo Bay dengan efisyen lepas banjir reda.
Caranya, bila limpahan air sungai di Tokyo berlaku, ia akan
masuk ke selinder gergasi yang sangat besar (boleh muat statue of liberty
besarnya). Bila hujan dah reda, air dari selinder akan dipam ke Tokyo Bay. Kali
terakhir digunakan adalah tahun 2017 dan telah jimatkan kos pembersihan sekitar
RM5.8 bilion.
2. AMARAN AWAL DI MEDIA
Beberapa hari sebelum jangkaan bencana bakal berlaku, semua
media dah keluarkan amaran. Televisyen, radio, dan sebagainya mengeluarkan
amaran bencana alam bakal berlaku. Mereka juga mengeluarkan statistik
kemusnahan dari kejadian sebelumnya. Ini menyebabkan orang awam bersedia mental
dan fizikal hadapi sebarang kemungkinan.
3. ALERT SYSTEM DI TELEFON BIMBIT
Selain tu di Jepun, mereka juga ada alert system di mana jika
berlaku sebarang bencana alam yang tak diduga seperti gempa bumi contohnya,
mereka di kawasan yang terlibat akan dapat notifikasi amaran di telefon bimbit.
Notifikasi ni bukan macam SMS biasa tu ye, notifikasi amaran ni didatangkan
dengan bunyi dan gegaran yang sangat kuat sampaikan orang tidur pun boleh
terjaga! Notifikasi ni sangat penting sebab ia memberi sedikit masa untuk orang
selamatkan diri.
4. PEMBESAR SUARA / RADIO
Untuk yang tak ada telefon bimbit, setiap kawasan kediaman ada
pembesar suara. Teringat pengalaman masa Taufan Hagibis 2019, pengumuman untuk
kawasan setempat, macam tempat evakuasi dan sebagainya diumumkan dekat pembesar
suara dari masa ke semasa. Kalau di Malaysia, saya kira pembesar suara di
masjid sangat berguna untuk tujuan sebegini.
Untuk orang tua yang tak ada telefon bimbit, mereka juga boleh
dapat info dari masa ke semasa dengan guna “anti-disaster radio”. Radio ni akan
update situasi dari masa ke semasa, bila nak kena evakuasi dan sebagainya
kepada pendengar.
5. SISTEM LEVEL EVAKUASI
Sistem evakuasi di Jepun saya kira agak sistematik kerana mereka
dah siap tetapkan level-level tertentu untuk golongan siapa yang perlu
dievakuasi & keseriusan bencana ketika itu. Prioriti evakuasi diberikan
kepada orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak. Ini penting untuk beri
lebih masa pada mereka yang lebih “fragile” untuk menyelamatkan diri dan
elakkan suasana kelam kabut untuk selamatkan diri.
6. PASUKAN PENYELAMAT
Ikut survival rule 3s,
Seseorang manusia takkan boleh tahan lebih dari;
- 3 minit tanpa udara
- 3 jam dalam cuaca ekstrim (sangat panas atau sangat sejuk)
- 3 hari tanpa air
- 3 minggu tanpa makanan
Jadi tak hairanlah jika pasukan penyelamat Jepun meletakkan
jangkamasa maksima 3 hari untuk selamatkan mangsa bencana. Teringat masa banjir
besar berlaku di Kagoshima awal tahun ni, helikopter dan segala macam teknologi
dikerahkan kurang tempoh 24 jam untuk menyelamat.
7. BEG KECEMASAN
Di Jepun, kebanyakan mereka dah didedahkan dengan penyediaan beg
kecemasan, apa yang perlu ada di dalam beg dan sebagainya. Biasanya beg
kecemasan ni dah siap disediakan & diletakkan di tempat yang mudah nak
capai jika berlaku kecemasan.
8. SAMPAH DIKUTIP
Iya, kutip sampah sebelum berlakunya bencana alam! Nampak
janggal, bukan? Tetapi ianya amat penting.
Sebelum ni ada 2 foto banjir di Jepun yang tular, ramai memuji
betapa bersihnya banjir di Jepun. It takes two to tango. Ianya memerlukan
kerjasama semua pihak, untuk mendapat tahap kebersihan seperti itu.
Bila pihak berkuasa dah keluarkan amaran bencana pada tarikh
tertentu, pihak pengurusan sampah akan mengutip sampah terlebih dahulu (seperti
jadual). Ini untuk memastikan sampah tidak terapung dan bersepah semasa banjir
dan seterusnya akan menyebabkan saluran sungai, longkang tersumbat. Ini akan
menyebabkan keadaan bertambah buruk.
—
Sampai bila kita nak tanggung kerugian harta dan nyawa sebab
kurang manfaatkan teknologi yang ada? Memang, secanggih mana pun teknologi
tetap takkan dapat tandingi kuasa Yang Masa Esa. Tapi Dia juga tak kurniakan
akal dan fikiran kepada manusia, untuk sia-sia.
Iqra’.
—
Pada yang masih ingin menyumbang pada tabung kutipan susu, boleh
salurkan juga di sini
CIMB 8008674426
Zaineeta Global PLT
.
ps: Special thanks to Tn Ibrahim Abd Aziz
and Pn Huda Hudhud
for some info about this post.