Harga barang naik: 'Bentuk jawatankuasa kabinet, ambil tindakan segera' - Anwar

 

Produk tempatan mampu bersaing di peringkat global | Lain-lain (Bisnes) |  Berita Harian


Kenaikan harga barang yang mencapai tahap krisis dan membebankan rakyat marhaen perlu ditangani segera dengan pembentukan jawatankuasa kabinet.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan harga bukan perkara baharu dihadapi pemerintah malah terdapat tindakan tindakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Kita dah cadangkan jika Menteri Pengguna tak mampu buat, kena (minta bantuan) Menteri Pertanian, kerana agensi banyak terlibat. Saya kata ambil tindakan segera, panggil jawatankuasa kabinet. Ini (kebaikan harga) bukan baru.

"Barang naik dari dulu. Barang naik, kita buat jawatankuasa kabinet, buat tekanan. Jadi harga lebih jauh terkawal. Sekarang tak ada siapa yang sibuk (bertindak)," katanya dalam sidang media selepas meninjau harga bahan mentah makanan di kedai runcit sekitar Parlimen Lembah Pantai, pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, tindakan penguatkuasaan perlu diperkemas. Begitu juga mengenai permit import dan sebagainya perlu dibuka luas bagi tujuan menurunkan harga.

Malah beliau memuji pendekatan kerajaan Selangor yang mengambil sendiri sayur sayuran dari ladang untuk dijual kepada pengguna dengan harga murah

"Semalam saya pergi ke Shah Alam, PKPS bawa (sayuran) dari ladang dia, harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Sebab itu saya di Parlimen semalam, (tegaskan) kerajaan kena ambil berat. Dia ada 4 - 5 kementerian, buatlah cepat. Ambil tindakan kepada yang sorok bekalan. Keduanya, perlu liberal sikit tentang import, jangan pegang monopoli. Kobis ke, ayam ke, bebaskan. Ada langkah yang perlu diambil.

"Di antara sebab kos sayur tinggi dikatakan sebab pengangkutan, yang FAMA buat apa? Jadi semua badan badan kerajaan , Lembaga Kemajuan Ikan misalnya, masa inilah ambil langkah bantu supaya kos diturunkan

"Gaji tak naik, elaun tak naik. Melainkan elaun Menteri, Penasihat Menteri, yang tu naik," sinis Anwar.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan berharap kerajaan akan segera mengawal harga. Sekiranya tidak, ujar Anwar, rakyat akan sukar untuk membeli makanan berkhasiat untuk diri mereka dan keluarga, terutama golongan B40.



Anwar Cadang Jawatankuasa Parlimen Pantau RMK12 - Utusan Timur


"Barang naik bukan sedikit. Saya sebut semalam di Parlimen, menggila. Dari RM9 naik RM19.

"Sekarang sayur (orang) tak makan. Jadi saya harap dengan contoh begini kerajaan ambil tindakan segera. Semalam Menteri jawab 'kita sedang merancang, sedang mengambil tindakan'. Amende ni? Kita sedang hadapi krisis. Kehidupan rakyat B40 sudah jadi krisis.

"Ayam ada RM9.90 sekilo. Jadi tak makan ayam sekarang. Saya tak mahu cakap di Parlimen saja, turun ke bawah dengar sendiri rungutan orang ramai," katanya.

Harga yang menggila mengejutkan peniaga dan pengguna

Segera tampan kenaikan harga barang, contohi Selangor' -Anwar - Utusan  Digital


Sebelum itu, Anwar bertanya kepada seorang peniaga runcit yang memberitahu harga ayam terkini sekitar RM9.70 sekilogram. Kalau dahulu harganya RM7.20 sekilo.

Begitu juga harga sayur. Dahulu sebakul bunga kobis berharga RM65 tetapi sekarang RM170 sebakul. Untuk sekilogram harga beli RM17 dan terpaksa dijual RM20.

Lobak merah pula harga beli sekotak RM8 tetapi kini melambung RM19 sekotak.

Keadaan itu, kata beliau menyukarkan peniaga dan tentunya mengurangkan pengguna membeli sayur sayuran.

No comments: