SIAPA SYED SADDIQ YANG MAHU BERCAKAP SOAL PRINSIP 'ANTI KATAK'? CERMIN DIRI DULU


Dalam isu empat adun katak di Melaka itu, saya sendiri serta ramai lagi pendokong PH lebih awal menyatakan pendirian menolak adun-adun katak tersebut.
Tetapi, apabila Ketua Parti Muda, Syed Saddiq kononnya mahu tunjuk hero dan berprinsip dalam isu ini, ianya adalah lawak jenaka. Benarkah beliau menentang katak? Atau, kenyataan beliau itu timbul setelah merasakan beliau tidak dilayan oleh PH untuk bertanding di PRN Melaka?
Kita tidak lupa, sewaktu PH menjadi kerajaan, parti Bersatu waktu itu hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen tetapi Pengerusinya Tun Mahathir dilantik menjadi PM berdasarkan perjanjian dalam PH. Mahathir merasakan kedudukan beliau dan Bersatu amat rapuh dalam kerajaan, maka Mahathir berusaha menarik beberapa MP dari Umno untuk sertai Bersatu. Ertinya, MP-MP katak telah menyertai Bersatu untuk perkuatkan kedudukan Mahathir sebagai PM.
Bersatu ketika itu satu-satunya parti dalam PH yang menerima katak. Syed Saddiq ketika itu adalah Ketua Armada Bersatu. Mengapa Syed Saddiq tidak berkata apa-apa kepada atoknya, Mahathir? Adakah kerana menguntungkan Bersatu maka boleh terima katak-katak? Apatah lagi katak-katak tersebut ada kes melibatkan 1MDB. Mana prinsip Syed Saddiq waktu itu?
Jadi, Syed Saddiq tidak perlu tunjuk hero. Tokoh pujaan kamu dan atok kamu lah yang memulakan 'ternakan katak'. Isu empat adun katak di Melaka itu, kami lebih berhak memperkatakannya bukannya Syed Saddiq yang hipokrit.
Bagi kami, usahkan empat katak tersebut, jika PH terima Muda pun kami tidak setuju kerana Muda bukan dalam PH. Elok utamakan calon-calon dari PH dari terima katak atau Muda.
WFAUZDIN NS


May be an image of one or more people, people sitting, people standing and text that says "HOME NEWS BERITA CARZILLA OF PH dilihat lebih cenderung kepada katak politik, tanpa prinsip, kata Syed Saddi FMT Reporters November 3, 2021 4:15 PM 286 Shares f muda Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan bekas ADUN Sungai Udang Idris Haron melompat"