Tazkirah harix pagi/petang buat
walaun2 PAS. 👇🏻
*PAS HARI INI: SUATU PANDANGAN AWAM*
Suatu waktu dahulu;
1. PAS kata...BN tumbang, rakyat senang, Umno
musuh Islam. Akhirnya Pas bersama BN dan Umno.
2. PAS kata...benci dan tolak rasuah.
Akhirnya PAS bersama dgn klepto dan kluster mahkamah dan bentuk kerajaan
bersama mereka.
3. PAS kata...tolak judi, desak tutup Casino
Genting dan haramkan judi yg telah dihalalkan oleh kerajaan. 18 bulan jd
kerajaan, cabutan khas judi naik, siap ada iklan raya promo judi, pusat judi
beroperasi seperti biasa.
4. PAS kata...UEC wajib dimansuhkn dan
hapuskan sekolah vernakular. 18 bulan jd kerajaan, UEC diiktiraf, pembinaan
sekolah vernakular meningkat.
5. PAS kata...haramkan DAP sebab anti Islam
dan anti Melayu. 18 bulan berkuasa tidak ada usaha ke arah untuk haramkan DAP.
6. PAS kata...tolak cukai GST dan haram kutip
cukai yang membebankan rakyat. Dalam parlimen baru ini, PAS cadangkan kutipan
cukai GST perlu ada penambahbaikan dan perkenalkan cukai lain.
7. PAS kata...heret segera pembunuh Adib. 18
bulan, sampai sekarang tak tahu siapa yang bunuh arwah Adib, kes terus ditutup.
8. PAS kata...pinda dan perkasakan RUU355
segera. 18 bulan jd kerajaan, tak akan lari gunung dikejar.
9. Manifesto pilihanraya lepas, pendidikan
percuma, PTPTN dimansuhkn. 18 bulan ada kuasa, ini tak dgr langsung dah, byk
beri alasan. Hat lain tu tinggal kenangan.
10. PAS kata...tolak asobiyah. 22 bulan
lepas, Melayu, Melayu. 18 bulan kemudian, menyokong konsep keluarga Malaysia.
11. PAS kata...kos sara hidup meningkat dan
harga barang naik sbb tak laksana Islam. Hari ini mcm-mcm naik harga, adakah
PAS tidak laksana Islam.
12. PAS kata...kempen BMF utk menjana ekonomi
Islam. Skrg pakat cari hat murah dan BMF tidak menjadi dasar kerajaan Melayu
Islam seperti yg diharapkan.
13. PAS kata...MCA memusuhi dan menghina
Islam. Skrg MCA sahabat baik PAS.
14. PAS kata...minoriti menguasai majoriti,
PAS yg minoriti 18 kerusi boleh ugut kerajaan utk laksanakn hudud atau Islam.
18 bulan hingga skrg tak ada pun ugutan tu utk laksanakn Islam.
15. PAS kata...bukan 5 tahun, cukup 5 hari
akan dapat rasakan perubahan besar. Ini dah 18 bulan tak ada apa-apa pun.
16. PAS kata...DAP dan PH ancaman kpd Melayu
dan Islam. Hari ini siap boleh buat MoU bersama.
17. PAS jd menteri pun hanya mengekalkan
dasar dan polisi PH hanya mengutip hasil. Tak ada apa yg baru.
18. PAS kata...hudud dulu baru Putrajaya
(kuasa). Skrg dah ada kuasa dan jawatan, hudud ghuyub tak tahu kat mana. Last
cakap pasal hudud sebelum PRU14 masa sakan berkelahi dgn DAP. Nanti PRU15
timbul balik, percaya lah.
19. Banyak lagi lah kalau nk senarai, hat dlm
Harakah pun boleh jd error lepas depa jd kerajaan, sbb dah terciduk.
Pendek kata, bab teori PAS cukup A+, atas
kertas cantik. Tetapi secara praktikal, hampir semua ke laut. Jadi sbb itulah
orang awam semakin tak suka PAS, bukan bermakna depa benci Islam.
Lain disebut, lain dibuat, tuduh dan main
persepsi yg bukan-bukan. Kalau org lain jd kerajaan, semua dia nak segera. Bila
dah jadi kerajaan baru tahu susah nak buat. Masa jd pembangkang, gebang dan
sembang kari banyak sangat.
Bila org tak suka PAS, depa kata org tu musuh
Islam. Walhal org tu tak suka dgn pendekatan, cakap tak serupa bikin, tak
konsisten dan byk dalil utk backup kesalahan sendiri.
Andai dulu mati menentang umno adalah
syahid, bagaimana pula mati saat Pas bersetongkol dengan Umno? Sehingga hari
ini Hadi tak pernah tarik balik Amanat beliau 😂🤣
MATI KATAK