ALAHAI DERIS...NAK HERAN APA TENGKU RAZALEIGH DAH KATA...SAJA TAK MAU ULANG APA DIA KATA....NAK PERCAYA MN KA BN KA...PH DAH SIAP DAH..DUA DUA PARTI NI DOK SERABUT LAGI...WAHAI ORANG MELAKA..UNDILAH PH.

 


Panas! Idris dedah Pas masih lagi ‘main dua kolam’


Panas! Idris dedah Pas masih lagi ‘main dua kolam’



Keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun bertanding dengan menggunakan logo PN namun matlamat Pas dalam PRN Melaka masih sama iaitu menentang Pakatan Harapan (PH).

“Setakat hari ini keputusan kita gunakan tu bukan (untuk) berlawanan dengan UMNO, kita masih lagi dalam konteks peraduan ummah, antara Pas, UMNO dan Bersatu.

“Kita masih lagi dalam konteks untuk kita menghadapi satu musuh kita iaitu PH, jangan (mereka) berkuasa di Melaka,” jelasnya., lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program bantuan Musaadah Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong, di Taiping pada Khamis.

Selasa lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Ketetapan itu, kata Abdul Hadi, mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.





No comments: