Mana suara DAP bila Mahathir terima 13 Ahli Parlimen Umno? soal PKR


Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Bersatu, menerima bekas ahli Umno ke partinya pada Februari 2019.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) ketika mengumumkan calonnya bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Ia susulan seorang pemimpin DAP meluahkan “rasa tidak puas hati” parti itu terhadap tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas wakil rakyat Umno sebagai punca pemimpinnya tidak menghadiri acara berkenaan.Terbaru, pemimpin PKR yang enggan dinamakan itu berkata: “PKR dan Amanah masing-masing mengambil seorang bekas ADUN Umno dan DAP ‘tidak gembira’. Tetapi manakah rasa tidak puas hati DAP apabila Mahathir Mohamad menerima 13 Ahli Parlimen Umno masuk ke Bersatu dan PH?”

Kata-katanya itu merujuk kepada peralihan Ahli Parlimen Umno memasuki meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum lalu, sebelum menyertai Bersatu yang ketika itu sebahagian daripada pentadbiran Pakatan Harapan.

Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan mana-mana bekas empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.

Hari ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan dua daripada empat mereka, iaitu Idris Haron dan Nor Azman Hassan.

Majlis pengumuman calon hanya dihadiri Anwar yang juga Presiden PKR serta dan rakan sejawatannya dari Amanah, Mohamad Sabu, manakala kelibat pemimpin DAP tidak kelihatan.

No comments: