KES SAJAT PUN TAK DAPAT NAK SELESAI...APA PUNYA LEKEH...

 Terkejut Sajat berjaya lari ke Australia, Menteri Agama kata tiada apa yang dapat dilakukan kini



Terkejut Sajat berjaya lari ke Australia, Menteri Agama kata tiada apa yang dapat dilakukan kini



Kerajaan akan memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Nur Sajat Kamaruz Zaman jika usahawan dan selebriti itu kembali ke tanah air suatu hari nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, bagaimanapun berkata ketika ini tiada yang dapat dilakukan oleh kerajaan kerana Nur Sajat sudah berada di Australia.

“(Sekarang) dia duduk Australia, dia balik Malaysia kita kaunselinglah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis sambutan maulidur rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini, lapor Malaysiakini.

Nur Sajat baru-baru ini mendakwa dia bimbang dengan keselamatan dirinya ketika berada di Malaysia, justeru memilih untuk berpindah dan mau menetap di Australia.

Nur Sajat, 36, turut mengesahkan dia diberikan status penduduk tetap di Australia dan bakal memulakan semula perniagaannya di situ.

Pada Feb lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Pada Sept lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan Sajat telah ditangkap oleh pihak imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Abd Jalil dilaporkan Sajat dikehendaki di Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Sebelum ini, turut dilaporkan bahawa Sajat telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Bangkok untuk mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

No comments: