KAH..KAH..KAMI TAHU TUJUAN NYA IALAH BOLEH TUMPANG SEKAKI..MANA NAK TAHU KALAU MENANG DAPAT JADI MENTERI ....KALAU PILIH LAGI, LAGI BANYAK LAH KEROSAKAN YANG DILAKUKAN.

 


MN, PN boleh kerjasama sebelum penamaan calon PRN Melaka, kata PAS



Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, MN dan PN adalah dua entiti penting kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan serta diperkukuhkan.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu optimis penyatuan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional dapat direalisasikan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Beliau berkata, walaupun masa semakin suntuk menjelang penamaan calon pada 8 Nov ini, PAS optimis usaha itu boleh dilakukan.

Katanya, MN dan PN adalah dua entiti penting dalam negara kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan serta diperkukuhkan.

“Malah, PAS dari dulu sehingga sekarang sentiasa berusaha memperkasakan kedua-duanya, terutama bagi pihak Umno dan Bersatu, termasuk pada PRN Melaka.

“Tidak timbul PAS meminggirkan mana-mana parti itu, justeru terdapat perbincangan dan pertemuan dalam mencari jalan dan titik persamaan untuk dituju dan bukannya mencari perbezaan,” katanya dipetik Berita Harian selepas pelancaran Gempur PN di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, tiga Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, Rafiq Naizamohideen dan Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Presiden GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai.

Samsuri berkata, pertemuan secara rasmi atau tidak rasmi sedang diadakan, malah pihaknya sedia bertemu pada bila-bila masa bagi meneroka jalan lebih baik.

“Apa yang penting, MN dan PN perlu kekal bersatu padu dan bekerjasama, bukan saja dalam pilihan raya umum, malah PRN negeri juga.”

No comments: